Monday, June 28, 2010

Japanese Souffle Cheese Cake

Salam untuk semua,

Hari ni tetiba nak buat kek cheese pulak, kerana ternampak cheese yang dah lama terperuk kat dalam petisejuk. Cheese cake memang favourite saya, kalau beli kat bakery tu selalunya beli sepotong aja, tak berani makan banyak2 takut lain pulak jadinya dan harganya pun boleh tahan gak..... Bila menikmati kek ini selalunya saya makan sikit sikit dan perlahan-lahan supaya terasa akan keenakkannya.


Japanese Souffle Cheese cake keluaran WHC. Selalu tengok kat rumah orang aja, kali ni kita tayang pulak kat rumah sendiri, amacam, menarik takkkkk.


Deko yang simple2 aja, selongkar petisejuk, jumpak buah oren, apalagi..... itulah jadi hiasannya......ditambah sedikit fresh cream.


Tak tahan betul saya tengok kek ni, tak sabar2 nak rasa dan ternyata rasanya memang tidak dapat disangkal lagi, sedap banget.




Masa ni kek baru keluar dari oven, tak deko lagi.... posing sikit. Tengokla kehalusan tekstur kek ini. Masa mengeluarkan kek dari loyang, tangan ni terganas sikit, habis tepi dan atasnya tercuit, cacatler sikit. Tapi takper, kecacatan dah dicover dengan mekap.

Kepada yang ingin mencuba, resepinya saya cp dari blog mamafami, tks mama.

JAPANESE SOUFFLE CHEESE CAKE

Ingredients :-
200gm cream cheese - room temperature
50 ml fresh milk
3 eggs ( separated)
100 gm castor sugar
30 gram cornstarch
2 tbsp lemon juice
1/2 tsp of cream of tartar

Method
1. Preheat oven at 175 C. Line 18cm cake tin with grease proof paper.
2. Soften cream cheese in large bowl. Add milk and continue mixing on medium speed.
3. Add 1/2 of the castor sugar, egg yolks, cornstarch, lemon juice and cream of tartar, combined together.
4. Whisk eggs white in separate large bowl until stiff peak formed. Add the remaining sugar little by little until mixture stands.
5. Fold half of egg whites mixture into cream cheese as gently as possible. Fold the remaining eggs gently but thoroughly.
6. Water bath bake for 45 minutes on the lower shelf.
7. Leave in the tin until cool enough to handle.

1 comment:

  1. atas cheese cake tu letak apa ya?mcm sunquick je tgk ..saya nk buat jgk tp x pndai

    ReplyDelete