Wednesday, June 30, 2010

Beriani Ayam

Salam,
Pagi ni hujan renyai2, terlupa pulak angkat kain di ampaian, mujur jugak tak lebat, kalau tak habisla basah semua kain. Sambil dok angkat dan sidai kain kat dalam rumah, kepala ni dok berfikir nak masak apa lak hari ni. Lepas habis sidai kain, pi selongkar dalam kabinet apa yang ada, jumpa rempah beriani, dah lama dibeli ni, baik dimasak sebelum tarikh luput.

Belek jugak resepi2 yang ada, jumpa resepi beriani ni kat fp Kak Liza, nampak mengancam habis. Jadi, kita pun cubala. Resepi ni sebenarnya resepi daging tapi saya tukarkan dengan ayam.



Saya masak sampai pekat dan agak kering barula naik minyaknya. Tengokla tu, berminyak2 jadinya. Selepas sessi fotografi, saya cedok dan buangkan minyak yang terhasil, takut jugak makan benda2 yang berminyak ni kan, tak pasal2 high cholesterol pulak jadinya atau penyakit2 yang sewaktu dengannya.

Resepinya saya copy paste dari fp Kak Liza, tks yer kak
BERIANI AYAM

Bahan
1 ekor ayam
4 s/b rempah beriani ] bancuh dgn sedikit air
1 cawan yogurt - saya ganti dgn santan
3 s/b tomato puree
3 biji kentang potong kecil]
2 biji tomato buah [belah 4]
3 biji tomato buah ranum [mesinkan dengan 2 cawan air]
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 labu bawang besar [belah 4] - yg ni tak letak pun
1 pkok daun ketumbar [potong kasar]- yg ni pun tak letak
garam

Bahan tumbuk
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
minyak

Cara
1. Ayam dipotong kecil dan basuh. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan bahan tumbuk dan rempah berani yg dibancuh dgn air dan ayam. Kacau rata sehingga naik minyak.
4. Masukkan buah tomato yg telah dimesin denngan air dan juga tomato puree . Biarkan sehingga lembut.
5. Masukkan kentang dan santan. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak.
6. Masukkan buah tomato belah, cili merah dan cili hijau, bawang besar dan juga daun ketumbar. Rasakan garamnya.
7. Bila dah nampak layu boleh tutup api dan hidangkan dengan nasi beriani atau roti.


Rasanya memang sedap, lain dari yang lain. Kalau dicicah dengan roti pun boleh juga.

No comments:

Post a Comment