Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Taman Pauh Jaya Seberang Perai Pulau Pinang
Friday, July 2, 2010
Puding Biskut
Salam buat semua,
Buat puding biskut ni dah lama sebenarnya, cuma baru scheduled hari ni untuk di publish. Resepi disalin sebenarnya dalam bahasa indonesia, saya alihkan sedikit sebanyak yang saya tahu ke bahasa malaysia, tapi maafler kat tuanpunya resepi kerana saya terlupa nak salin darimana resepi ni diciplak dan siapa tuanpunyanya. Walau apa apa pun, terima kasih bebanyak kerana sudi berkongsi resepi istimewa dan lain dari yang lain ini.
PUDING BISKUT
20 keping biskut marie
50gm gula pasir
1 st serbuk kopi @ mocha essence
2 bungkus agar2 tidak berwarna
1 ltr susu UHT tawar
100gm gula pasir
2 biji kuning telur
3 sdm susu pekat manis
pewarna merah dan coklat
500 ml air + 6 sdm susu pekat manis
6 sdm gula pasir
2 biji kuning telur
1 st mocha paste
Cara-cara
Buat caramel dengan 50gm gula, tambah mocha essence. Tangkup 2 keping biskut marie dengan caramel. Buat cepat agar caramel tidak keras.
Puding
Masak susu UHT, agar2, gula sambil di kacau supaya susu tidak pecah. Masukkan kuning telur, tuang dan kacau cepat2. Bila mendidih, angkat, matikan api dan tambah 3 sdm susu pekat manis, kacau rata dan tapis. Bahagi adunan kepada 2 bahagian dan tambahkan warna merah pd satu bhg dan coklat pd satu bhg lagi.
Tuang separuh adunan dalm loyang bulat 20cm dan tunggu hingga keras. Susun biskut marie melingkar. Tekan biskut marie dengan gelas berisi air. Tuang separuh adunan coklat (dipanaskan kembali) dan tunggu keras. Tuang separuh lagi adunan merah dan tunggu keras.
Angkat gelas dan pastikan biskut terendam dalam puding. Akhir sekali masukkan sisa adunan coklat yg telah dipanaskan kembali untuk menutup biskut dan bekukan.
Siap untuk dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment