Thursday, June 10, 2010

Chocolate Rice Banana Cake

Salam,
Dua tiga hari lepas, Uncle Raja jiran satu lorong bagi pisang lagiiiii... Uncle Raja ni rajin sangat bagi pisang kat jiran. Pantang masak aja pisang di pokok, maka bersedekah la dia. Pokok pisang tu dulu ditanam di tanah terbiar hadapan rumahnya, masa tu mendiang isterinya masih ada lagi. Mendiang isteri uncle Raja ni sangat fasih berbahasa melayu, dialek penang pulak tu, dan ramah tamah lagi.... Terkadang tu bila teringat akan kemesraannya dengan jiran sebelah menyebelah membuatkan hati saya terasa akan kehilangannya.


Elok jadinya kek ni. Sangat lembut, sedikit lembab dan sedap. Nampak pun menarik dengan taburan badam hiris dan chocolate rice.


Sejukkan sebentar di atas redai


Selepas potong saya agih2kan kat jiran dan adik, biar diaorang rasa sorang sikit.
Malam tu, adikku telefon, kata dia kek yang saya buat tu sedap. Dan lagiiii, dia nak order sebiji untuk buat makan2 kat office.


Jadi, keesokkannya saya pun buatlah sebiji lagi untuk dia. Letak dalam bekas plastic cam ni, menarik kan.


Buat jugak sebiji lagi untuk sekeluarga makan2 kat rumah. Anak yang kecik tu sedap sangat dengan kek ni, baru keluar loyang aja dah tak sabar2 suruh potong, nak makan katanya. Dekat separuh jugakla kek tu dimakannya.

Kalau ada sesape yang teringin nak merasa keenakkan kek ini, silalah telefon/sms saya di talian di atas, ini kira produk terbaru ni........panas panas

No comments:

Post a Comment