Salam,
Demam menguli roti kembali lagi..... Resepi kedua yang baru diuji, kali ni dari bro Rozzan pulak. Resepi ni dah lama diprint sebenarnya dan menunggu masa saja untuk dieksperimen, cuma hari ni berkesempatan.
Sebelum buat pinwheel bread, buat bun biasa dulu untuk anak kecilku sebab dia tak berapa tahan pedas. Dalam bun kosong aja, tak letak inti apa pun. Lihatlah rupanya, begitu cantik naiknya menimbun, gembira sungguh hati saya, akhirnya tercapai juga hasrat dihati ini untuk membuat roti sendiri, macam kat kedai laaaaa, silap2 lagi sedap dari kat kedai.....
Selebihnya barula gulung buat pinwheel bread dengan inti sardine bersambal. Semasa proses menunggu adunan naik, anak2 dah teruja dan bertanya, mama, bila boleh makan roti ni???. Mama kata lagi dua jam....heheheh, kesian tengok kehampaan di wajah mereka, lama lagi la nampaknya nak leh makan.
Selepas dibakar, beginilah hasilnya. Untuk 500gm adunan dapat banyak jugak untuk sekeluarga minum petang. Cumanya yang tak berapa best tengok tu, bila pinwheel tak macam rupa pinwheel pun, dah jadi lain bentuk dah.....macam siput sedut....heheheh. Apa pe pun, bun ni memang sedap sangat dimakan samada untuk sarapan ataupun minum petang dan teksturnya tersangatla lembut selembut sutera gituuu.
Dan lagiiiii, roti ni kekal lembut sehingga keesokkan harinya. Tks to bro rozzan for sharing this wonderful recipe, saya cp dari blognya.
SARDINE PINWHEEL BREAD
(dgn menggunakan basic bread recipe dari Pn.Roshayati)
Bahan A
440 gram tepung roti/ high protein flour
60 gram tepung superfine (saya gunakan tpg Hong Kong)
100 gram gula (saya gunakan 70 gm jer)
1 sudu teh garam halus
30 gram (2 sudu besar) susu tepung
1 sudu teh bread improver
4 sudu teh (1 paket) yis kering (10-11 gm)
Bahan B
250 ml air
1 biji telur (pukul sikit)
Bahan C
80 gram shortening /lemak sayuran
Cara :
1) Masukkan kesemua bahan A kedalam mangkuk mixer. Dgn speed yg perlahan, ratakan bahan dgn menggunakan dough hook.
2) Tuangkan telur sedikit2 ke dalam bahan A sambil terus menguli/mengadun dgn mixer. Kemudian masukkan pula air sedikit demi sedikit dan terus uli sambil ditinggikan sedikit speed mixer tersebut. Uli hingga adunan agak lembut dan licin.
3) Masukkan bahan C ke dalam adunan tadi dan uli lagi hingga adunan jadi licin dan tak melekat di sekeliling mangkuk mixer. Biarkan doh selama 30 - 40 minit.
4) Setelah itu, tumbuk2 doh dan uli untuk keluarkan angin. Ini amat penting untuk menghasilkan texture roti yang lembut dan tidak berongga besar.
5) Bahagikan doh kepada 3 bahagian, berat setiap bahagian kira-kira 330-350 gm. Bulat2kan doh. Rehatkan 10 minit.
6) Keluarkan angin dari doh dengan cara menekan dan memicit doh tersebut lalu bulatkan sekali lagi.
7) Canai doh hingga menjadi 'rectangle' seperti di gambar bawah tu.. Kemudian sapukan sedikit sos atau sambal rata2 di permukaan doh tadi dan taburkan dgn inti corned beef atau apa-apa pun inti kesukaan anda. Gulung dgn kemas dan potonglah dgn pisau yg tajam dgn ketebalan roti tu mengikut citarasa anda. Buatlah serupa kpd 2 lagi bahagian doh roti tadi.
8) Alihkan potongan2 roti ini ke dalam acuan kertas dan biarkan ia naik sekali lagi kira-kira 30 minit. Bakar selama kira-kira 15-20 minit (atau hingga masak kekuningan) dgn suhu 180 darjah Celsius.
NOTE:
SOS/SAMBAL
Anda bolehlah menggunakan apa jua sos atau sambal yg anda gemari. Saya menggunakan sambal sardine jer.
cantik naik roti tu ye..boleh cuba ni one day..copy resepi dulu..thankk
ReplyDelete