Showing posts with label Fruits. Show all posts
Showing posts with label Fruits. Show all posts

Thursday, September 24, 2015

Best Ever Congo Bars Recipe / Resepi Congo Bar Terbaik

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Inilah dia hasilan dari jagung yang saya tuai tempohari.  Saya buatkan Congo Bar berjagung manis.  Alhamdulillah, percubaan yang tidak sia sia, berbaloi rasanya mencuba resepi ini.    Rasanya sangat sedap!  Terimakasih banyak diucapkan kepada penyumbangnya.  
Jika dibandingkan dengan resepi yang telah saya cuba sebelum ini, ternyata yang ini memberikan lebih kepuasan untuk dinikmati.   Teksturnya lebih  lembut, lembab dan lemak manis, apatah lagi saya hidangkan sewaktu masih panas panas, tak sabar pula rasanya saya nak makan.
  Anak saya yang menjamahnya pun memberikan komen yang positif.   "Mamaaaaa, sedaplah kueh ini, nanti mamaaa buat lagiiiii",  sambil mulut tak henti henti mengunyahnya, lepas seketul, seketul masuk ke dalam  mulut kecilnya.



SWEET CORN CONGO BARS  
(maaf, tertukar namala pulak)
Sumber  :  KG 

Ingredients 
250g butter, I use President salted, soft
1 3/4 cups light brown sugar(330gm)
1 1/2 tsp vanilla
3 large eggs, weighing about 60g each
a pinch of salt

2 1/2 cups of self raising flour (320gm)
1 cup callebaut 54% cocoa choc buttons (choc chips)
1 cup bittersweet ghirardelli choc buttons 
extra imported store bought choc buttons to spread on the batter


(I added 1 cup of fresh sweet corn and 
3tbsp of fresh milk) 

Method 
Using a wooden laddle mix butter with sugar and vanilla until all the butter disappears in the sugar. Add eggs one by one. Mix and please do not cream the eggs. Add the sifted flours in 3 additions, fold them in and not stir the batter. Mix the choc buttons and spread in 12x12in tin. I usually top with more chocolate chips and bake in a preheated oven at 160C for about 18 minutes.



Saya membakarnya pada suhu 165C selama lebih kurang 30 minit dan inilah hasilannya.










Tuesday, September 22, 2015

Jagung Manis Segar / Fresh Sweet Corn

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Ada jiran hulurkan 4 tongkol jagung dekat saya.  Jagung Manis katanya.  Seharian terperap di atas meja tanpa sesiapa menyentuhnya.  Beria ia anak bujang saya kata nak ambil untuk direbus, tapi  hampeh,  jagung tak berganjak langsung dari dalam beg.  Hmmm, seperti kebiasaan, jikalau mama yang tak  memerah otak memikir dan menukarkannya menjadi sesuatu, alamat keringla jagung itu dalam beg.

Sebelum jagung mengalami kerosakkan, baik saya keluarkan isi jagung dari batangnya dan masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian.  Kemudian masukkan kedalam petisejuk sementara menunggu angin kerajinan bertiup kembali.  Cantik molek isi jagung tersebut, tersusun rapi umpama sebaris gigi yang tiada cacat celanya.   

Anda nak tahu apa yang saya buat dengan jagung ini???
Kalau nak tahu,  nantikan kemunculannya pada n3 yang akan datang........hehehe  macam drama sinetron pulak bersambung sambung, barula suspen kan..


Tungguuuuu.........ada sesuatu yang istimewa ingin saya paparkan untuk tatapan semua.   


Tuesday, July 28, 2015

Kek Buah Kukus Terbaik Chef Zubaidah


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Kek yang saya sediakan sempena hari lebaran 2015.  Sedap kek ni,  lembut dan lembab selepas beberapa hari disimpan.  Saya bakar di dalam loyang bujur seperti diatas selama lebih kurang  2 jam.


KEK BUAH KUKUS
Resepi Asal  :  Chef Zubaidah Che Pa   (Buku Steamed Cake)
Sumber  :  AzieJaya,  SpiceJourney

Bahan bahan:
225 gm Mentega (terguna 250gm, tp nampak OK jer)
340 gm gula pasir
50 gm air panas 
500 gm Mixed Fruits/Buahan Campuran
3 biji telur saiz A (guna telur saiz B jer)
1 sk vanilla extract/essence

Bahan Ayak:
1 sk cream of tartar 
2 sk soda bikarbonat
350 gm tepung gandum 
1 sk serbuk Nutmeg/buah pala 



Cara cara:
Masakkan gula pasir sampai perang (jangan sampai hangus pulak) dan tuangkan air perlahan lahan. Guna api kecil jer. Masukkan mentega/butter dan biarkan cair. Masukkan pula mixed fruits dan biarkan mendidih seketika. Ketepikan dan sejukkan sebentar.


Masukkan semua bahan ayak ke dalam bahan gula yang dimasak dan disejukkan tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.

Dalam bekas lain, pukul telur sebentar atau gunakan mixer. Kemudian tuangkan ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga menjadi adunan yang betul betul sebati. Kacau dengan senduk kayu juga.

Masukkan adunan ke dalam bekas empat segi bersaiz 7"x7" yang telah dialas kertas kek dan dilenser dengan mentega. 


Kukus selamat 4 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Kek ni kalau kukus 2 jam pun dah masak, tapi untuk mendapatkan kelembapan yang lebih, kukuslah selama 4 jam. Kukus dengan api yang sederhana pada 2 jam yang pertama dan pada 2 jam yang terakhir kukus dengan api yang kecil jer. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.


Alas tutup pengukus dengan tuala/kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang/bekas dengan aluminium foil yang dilenser dengan mentega semasa mengukus kek supaya kek tidak melekat di aluminium foil. Lebih baik guna bekas yang besar dan tinggi sedikit.

Bila kek ni dah masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek ni dalam pengukus dulu hingga sejuk. Jika terus angkat buah akan turun. Pastu bolehlah keluarkan dari pengukus. Potong kek bila ia benar benar sejuk, lebih bagus, biar kan ia semalaman dalam tudung saji. 

Nota:
Kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari. Untuk menambah kelembapannya, balut dengan plastik dan simpan 2-3 hari, baru dipotong dengan pisau yang tajam.
Boleh kukus dalam bekas lebih besar jika sukakan kek yang tidak tebal (10in)

Wednesday, June 24, 2015

Mango Tango Smoothie - Resepi Ramadan 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,


MANGO TANGO SMOOTHIE
Source  FoodNetwork

INGREDIENTS
¾ cup (175 ml) frozen or fresh mango chunks
1 cup (250 ml) orange juice
½ cup (125 ml) vanilla yogurt
¼ cup (23 g) All-Bran Buds* cereal

DIRECTIONS
1. Place fruit in blender container. Add juice, yogurt and All-Bran Buds* cereal.
 Blend until smooth.





Wednesday, June 10, 2015

Pumpkin Brownies


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
Brownies labu untuk yang kesekian kalinya.





Masih menggunakan resepi yang sama dari  SINI 







Monday, June 8, 2015

Jeruk Mangga Asam Boi


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Hari ini saya nak letakkan resepi yang ramai orang telah mencubanya dan ramai pula yang dah menjadikannya sebagai pendapatan sampingan bila tibanya musim mempelam.   Macam biasalah, kita ni selalu ketinggalan, orang dah ramai yang dah membuatnya, kita baru terkebil kebil mengupas buah pelam.  

Mempelam ini saya perolehi dari pokok yang saya tanam di kampung,  dekat rumah lama yang kini diseswakan.  Pokok tersebut tumbang akibat batangnya yang dimakan serangga perosak ditambah pula hujan lebat beberapa bulan yang lepas.   Menjadi betul buah mempelam kali ini, banyak sungguh, berplastik plastik banyaknya.  Semuanya diagihkan pada sedara mara terdekat.  dan saya ambil sedikit untuk dibuat jeruk mangga ini. 





JERUK MANGGA ASAM BOI


4 biji mangga muda
 20 biji asam boi (boleh tambah klu suka)
10 biji  cili padi ~ di hiris halus ( boleh kurang@tambah ikut kesukaan)
2 cawan gula


Buah mangga dibuang kulitnya dan dibersihkan,  kemudian dipotong potong atau dihiris mengikut saiz yang digemari.

Tambah gula, cili padi dan asam boi,  gaul rata.  Masukkan mangga tersebut ke dalam bekas yang bersesuaian.   Sejukkan di dalam peti sejuk sekurang kurangnya 4 jam sebelum dinikmati.








Thursday, April 2, 2015

Pumpkin Spice Cheesecake Brownies


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Resepi untuk hari ini ialah brownies labu.  Brownies ini saya buat beberapa minggu yang lalu disebabkan hubby membeli labu.  Sebenarnya hubby nak saya buatkan pengat labu.  Memandangkan buahnya agak besar, maka saya ambil sebahagian untuk dibuat brownies..  Dah lama sebenarnya saya menyimpan hasrat untuk  membuat dan  merasa brownies labu ini.

  Hasilannya, memang terbaeeeekkk!  Sedap sesangat!  Mungkin juga disebabkan saya lebihkan kuantiti buah labu di bahagian atasnya.  Saya letakkan lebih kurang 250gm labu yang telah direbus dan dilecek.  Bahagian bawah brownies sangat lembut dan lembab sebab saya adjusts pembakarannya agar tidak terlalu lama.   Lapisan atasnya  pula sungguh lemak hasil gandingan keju dan labu.  Jika sekali menjamah brownies yang comel ini, pasti tidak mencukupi  dan ingin  diulangi lagi. Bayangkan dalam tempoh beberapa jam sahaja brownies ini selesai dikerjakan,  buat tengahari, petang dah langsai.  Setakat ini, telah dua kali saya membuatnya.  Itupun anak anak masih meminta dibuatkan lagi.  Fuhhh!  kena menunggu angin kerajinan bertiup semulalah nampaknya !


Jom kita tengok resepinya ya.

Pumpkin Spice Cheesecake Brownies 
Source :  Beantownbaker

Brownie Batter
3/4 cup butter, melted
1 cup sugar
1 tbsp pure vanilla extract
2 eggs
1/2 cup all purpose flour
1/2 cup cocoa powder – I used Hershey’s Special Dark cocoa
1/4 tsp salt
2 tsp cinnamon


Cheesecake Batter
6 oz cream cheese, softened - I used 8oz
1 egg
1/3 cup sugar - I used 1/2 cup
2 tbsp flour - I used 2 Tbsp + 2 tsp
1/2 cup pumpkin puree - I used 2/3 cup
1/4 tsp pure vanilla extract - I used 1/3 tsp
1/2 tsp cinnamon – I used 2/3 tsp
1/4 tsp each ground ginger and ground cloves - I used 1/3 tsp


Preheat oven to 350F. Grease an 8×8″ square metal baking pan.
Beat together melted butter, sugar, and vanilla, then beat in eggs one at a time. Combine dry ingredients and then gradually stir into butter mixture with a wooden spoon. In separate bowl, beat together cheesecake batter ingredients.
Spread about 2/3 of chocolate batter into prepared pan, and spoon cheesecake batter over. Dollop remaining brownie batter over cheesecake batter. Swirl the batters together by running a butter knife back and forth through the pan.
Bake for 40 minutes, or until center is set. Cool completely on wire rack and chill before cutting and 



SELAMAT MENCUBA !





Wednesday, March 11, 2015

Grape & Apple Smoothie

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Jom kita basahkan tekak dengan smoothie yang sungguh nyaman ini.



GRAPE & APPLE SMOOTHIE

Bahan bahannya
15biji anggur hitam
1 biji epal hijau
1 cawan air masak
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan krim putar
2sb gula @ madu
Sedikit ais kiub

Cara_caranya
Anggur dibersihkan dan dibuang bijinya
Epal dibersihkan dan dipotong kecil kecil
Masukkan kesemua bahan ke dalam blender dan kisar hingga halus.
Tuang dalam gelas dan hirup sikit sikit.