Monday, August 24, 2015

Resepi Kek Buah buahan Bakar


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Baru baru ini saya mencuba kek buah kukus, kali ini saya mencuba pula kek buah versi bakar.  

Alhamdulillah, hasilnya juga tidak menghampakan.   Tetapi jika diberi pilihan, saya lebih menggemari kek buah kukus.  Apa apapun terpulang kepada selera masing masing.

KEK BUAH BAKAR TANPA TELUR

Loyang 20-22 cm
Bahan A :
  • 360 g tepung gandum (ayak 3 kali)
  • 2 sudu kecil baking powder (diayak)
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat (diayak)
  • 1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis - optional
  • 125 ml jus oren

Bahan B :
  • 250 g mentega 
  • 300 g mix fruits (dihiris halus atau dicincang)
  • 250 ml susu cair
  • 170 gula kastor (boleh juga guna brown sugar) 
  • 2 sudu besar susu pekat manis atau golden syrup
Bahan untuk taburan : 30 g badam cincang - optional


Cara-cara :
Bahan B : Satukan semua bahan kecuali mix fruits ke dalam periuk dan masak hingga larut dan sebati. Tutupkan api dan terus masukkan mix fruit. Gaulkan. Selepas itu, sejuk/rendamkan selama 4 jam atau boleh juga disimpan semalaman.
Bahan A : Ayakkan kesemua bahan kecuali jus oren ke dalam mangkuk pengadun. Kemudian dikacau rata. Barulah disatukan dengan Bahan B tadi. Sebatikan dengan senduk kayu atau spatula sahaja.


Akhir sekali barulah dimasukkan jus oren. Kacau lagi hingga sebati.
Tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapukan dengan mentega dan ditaburkan dengan sedikit tepung (jika suka, guna loyang yang mempunyai lubang di tengahnya atau loyang chiffon supaya kek masak sempurna dan tidak mendap di bahagian tengahnya). 
Kemudian taburkan badam cincang jika suka. 

Bakarlah selama 50 minit atau 1 jam atau sehingga masak pada suhu 160-170C (kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing).
Setelah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong.


Cara penyediaan yg tak menyeksakan...mula2 larutkan gula dan butter bersama susu cair. Bila dah larut, terus tutupkan api. Dan masukkan mix fruits yg sudah dihiris halus tadi dan kacaulah sebati. Tutupkan bekas tu. Biarkan ia terendam selama lbh kurang 4 jam atau semalaman. Gambar yg kat hujung sekali tu menunjukkan ia dah terendam lama. So, buah tu naik/terapung. Maknanya ia takkan jatuh semasa proses pembakaran. 

DJ menggunakan loyang 22 cm. Kalau nk jadikan kek ni lbh tinggi, ada baiknya guna yg 20 cm.

Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati. Akhir sekali barulah dimasukkan jus oren. DJ guna buah oren sunkist. Guna oren sunquick pun boleh kalau x ada stok buah oren. Bancuhlah dlm 2 sudu makan gitu. Lepas tu, masukkan ke dalam loyang. Taburkan badam cincang...sedap sihh!


Ataupun boleh juga dicuba resepi yang di bawah ini bagi melihatkan perbezaannya.
Apa apapun mesti dicuba sehingga mendapatkan hasil yang betul betul memuaskan dan memenuhi selera..

KEK BUAH
Resepi Asal  :  MekarMewangi
Sumber  :  Ketoombar

Bahan A:-

250g butter
380g susu pekat manis
400g fruit mix 
1 cwn air

Masak semua bahaan di atas dengan api sederhana sehingga butter dan susu pekat larut.  Ketepikan biar sejuk lebih kurang 3 ke 4 jam sehingga buah buahan agak kembang

Bahan B:-
2 biji telur
380g tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1/2 cwn jus oren sunquick (jadikan 1/2 cwn)

Apabila bahan A agak sejuk.. masukkan telur dan kacau rata.  Kemudian masukkan tepung + baking powder + soda bikarbonat sedikt demi sedikit.. kacau rata.  Masukkan juga jus oren.. kacau rata.. 

Tuang adunan ke dalam loyang yg telah digriskan dengan butter atau  dilapik baking paper.. Bakar dalam oven suhu 180 celcius atau gas mark no 3 mengikut oven masing masing sehingga masak.  Sekiranya lambat masak, tutup loyang.

No comments:

Post a Comment