Saturday, June 20, 2015

Tart Kentang - Resepi Ramadan 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Sebenarnya ini resepi tart kentang tapi saya dah tukarkannya dengan sayur campur, maka jadilah Tart Sayur Campur



TART SAYURAN

Bahan-bahannya
* 5 biji kentang dikupas basuh bersih dan diparut halus 
* 1 biji karot di kupas dibasuh dan diparut halus
* 1/2 biji bawang besar juga diparut
* sedikit potongan daun bawang
* 2 batang crab stick dipotong kecil
* 1/4 cawan susu
* 3 biji telur
* 1 packet mozzarella cheese 
* garam dan serbuk ladaputih ajishio secukup rasa



Cara memasak
1- Campurkan parutan kentang ,carrot dan bawang besar dalam satu bekas.Perah keluar airnya sebanyak yang boleh.
2- Susu dipukul bersama telur dan tuangkan kedalam campuran kentang tadi.kacau rata.Masukkan daun bawang isi kentang dan segenggam penuh cheese dan gaul sebati..

3- Sapukan butter atau minyak masak sekeliling muffin pan.Masukkan sesudu besar adunan kedalam acuan dan letakkan sedikit cheese diatasnya.
4- Bakar dgn kepanasan 190C selama lebih kurang 20 minit atau sampai cheese bertukar keperangan.Sejukkan seketika sebelum dikeluarkan .
5- Siap dihidang bersama sos pilihan atau makan begitu sahaja



No comments:

Post a Comment