Saturday, June 27, 2015

Puding Coklat Bersos Kastad - Resepi Ramadan 7

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,



PUDING COKLAT SOS KASTAD
Sumber  :  Dayang Jack

Bahan-bahan ( hidangan utk 5-7 orang )

Puding Coklat :
10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
500 ml susu segar + 250 ml susu cair
100 ml air
3/4 cawan gula pasir
2 sb susu pekat
2 sb serbuk koko (dibancuh dgn sedikit air panas/suam)
1 sb tepung kastard (dibancuh dgn 2 sb air)
1 sb mentega
1 sk esen vanilla

untuk Sos Kastard :
2 cawan susu segar/susu cair (boleh campur kedua2nya sekali)
2 sb tepung kastard
4 sb gula pasir
1 sk esen vanilla


Cara-cara
Larutkan agar-agar dan gula bersama 100 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dgn api perlahan.
Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan.
Tutupkan api. Tuangkan ke dlm bekas bersesuaian. Sejukkan.
Untuk Sos Kastard : Satukan kesemuanya di dlm periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dgn api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dgn coklat urai jika suka.










2 comments:

  1. nampak sedap..boleh la cuba buat nti..pjm resepi ye ;)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Watie.... belum terlambat rasanya untuk daku ucapkan selamat berpuasa. Moga Wattie sekeluarga akan terus mendapat keberkatan sepanjang Ramadhan ini.

    ReplyDelete