Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya,
Akhirnya lebah bersarang jua di teratak WattiesHomeMade. Macamana kengkawan blogger semua, dah mencuba roti yang tengah kebabooom ini? Harap harap saya tidak menjadi orang yang terakhir mencuba roti yang tengah meletopsssss di pasaran masakini. Ramai juga yang telah menjadikan roti ini sebagai sumber pendapatan sampingan, alhamdulillah syukran, sesungguhnya rezeki itu datang daripada ALLAH. Sekiranya kita bersabar dan bersyukur, ALLAH akan datangkan rezeki itu daripada sumber yang tidak disangka sangka.
Al Fatihah diucapkan kepada adik Lydia Honey sekeluarga yang telah sudi berkongsi resepi roti yang mencetuskan fenomena terbaru kini. Terimakasih juga kepada seluruh wargakerja Kelab Roti (KR) yang telah banyak memberikan tips tips, info dan idea menarik sehingga impian meroti saya dapat direalisasikan.
Jom kita semak resepinya,
BEE HIVES MINI BUNS
Sumber Resepi : Lydia Honey
DOH
2 cawan tepung gandum
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam +-
**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka


![]() |

NOTA:-
1) doh memang lembik.. Jsngan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras

BUTTERSCOTCH SAUCE
1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
1/2 cup whipping cream(atau susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut
sepenuhnya dan berbuih.
Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping. NOTE:-
Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau
Di bawah ini adalah adunan yang telah siap dibentuk sebelum dibakar.
Macam macam ada...
bun ni nampaknya tengah hot skang kan..ramai blogger dah tayang..sya ja belum buat lagi..huhu..
ReplyDelete