Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Hari ni masak daging lembu lagi. Sebenarnya tulang lembu ni hubby beli sekali dengan daging lembu yang dimasak dalam n3 kari daging kambing di bawah nun. Hubby beli setengah isi dan setengah lagi tulang rusuk, nampak agak banyak jadi saya buatlah dua kali masakan.
TULANG MASAK JINTAN BEREMPAH
Resepi : Happy Cooking Time (terimakasih ya)
A)Bahan-bahan:
1 kg tulang lembu yang banyak isi
5 ulas bawang putih*
1 1/2 labu bawang besar*
1 inci halia*
4 hiris nipis lengkuas*
2 sd besar serbuk jintan putih
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk rempah ketumbar
1 sk serbuk cili.....boleh lebihkan
1/2 cawan air asam jawa / secukup rasa
1 sb gula
2 batang serai.....diketuk
Garam sucukup rasa
Air secukupnya sebagai kuah
3 biji kentang....dikupas dan belah 4
Sedikit minyak utk menumis
B) Bahan tumis:
3 ulas bawang putih....hiris nipis
1/2 inci halia ....hiris nipis
1/4 labu bawang besar..hiris nipis
2 batang kecil kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
2 kuntum cengkih
Cara membuatnya:
Tulang dibasuh
Kisar bahan bertanda *
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan B / bahan tumis hingga naik bau dan sedikit garing
Masukkan bahan kisar *, serbuk jintan2, ketumbar dan serbuk cili......tambah 1/2 cawan air dan tumis hingga rempah betul2 masak.
Masukkan air asam jawa, gula, serai dan sedikit garam dulu....kacau
Masukkan tulang lembu dan 2 cawan air.....kacau sebati dan renehkan selama 20 minit supaya rempah mesra dgn tulang tadi.
Tambah air secukupnya sebagai kuah dan didihkan sehingga tulang separuh empuk, baru masukkan kentang ( kuah jangan terlalu cair, nanti kurang sedap )...teruskan memasak.
Sedia dihidangkan. Sesuai dihidangkan bersama nasi berperisa atau nasi putih sahaja.
Assalam KaK Wattie,
ReplyDeletesedap ni kak kalau ada balance kuahnya boleh cicah roti.
roti prata or roti jala..