Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Sebakul bunga sempena hari lahir suamiku. Kek yang ku buat adalah kek minyak seperti di n3 yang lepas. Sengaja ku larikan sedikit adunan agar dapat ku hasilkan sesuatu berupa kek comel dengan rimbunan bunga bungaan buat suamiku sempena hari lahirnya tempohari.
Kubuatkan kek bersaiz mini berukuran lebihkurang 4in sahaja, memandangkan suamiku tidak begitu menggemari kek yang berkrim. Dan kek yang ini tidak kubakar sebaliknya dikukus. Hasilnya tetap elok dipandang mata malahan lebih lembut bila dijamah.
Sempena hari lahirmu,
Puisi Buat Suami
Sumber : penyair.wordpress.com
Suamiku…..
Usah gusar
Bila melalui jalan sukar
Kerana kita harus sedar
Hidup tidakkan mudah
Jika semangat kita lemah…
Suamiku…..
Usah membisu
Jika ada rasa terbuku
Bukankah kita ditakdirkan bersatu
Berkongsi rindu dan sendu
Kerana kita harus tahu
Beratnya beban menanggung pilu…
Suamiku…..
Memang tidak mudah
Untuk memulakan alam baru ini
Tetapi kita tongkah dengan seribu tabah
Dan…
semusim sudah kita bersama
Semua yang pahit jadi indah
Bila haluan kita searah…
Suamiku…
Menjelang malam ini
Ingin kupinjam cahaya bintang
Biar ia menyinar
Hingga ke siang
Kerana kilaunya adalah
….
KASIH SAYANG ISTERIMU…
Kiriman:
Nur Hikmah
Sumber: Majalah
A prayer to bless ur way
A wish to lighten ur moments
A cheer to perfect ur day
A text to say HAPPY BIRTHDAY !
No comments:
Post a Comment