Tuesday, April 15, 2014

KEK MINYAK MARBLE





Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Minggu lepas saya buatkan kek minyak ini sebagai juadah untuk minum petang bersama suami dan anak anak.  Kek ini ringkas sangat cara buatnya.   Rasanya pun sedang sedang aja, kalau makan satu, nak dua, makan dua nak tiga, ringkas cerita kira tak jemulah kalau nak berulang ulang makan.  Pekena pulak dengan secawan kopi panas,  hmmm lengkaplah ia.





Saya marblekan tiga warna, terang benderang pulak jadinya!  Lagi satu kan,  masa  baru keluar dari oven, kek ini kelihatan seperti keras, masa ni rasa macam frustla sikit.   Tetapi,  ada tapinya pulak.   Setelah dijamah sedikit demi sedikit sambil mata dipejamkan pelan pelan, heheheh,    alhamdulillah barulah terasa akan kelembutan dan keenakkannya.











Resepi ini saya ambil dari laman MyResepi.  Terimakasih banyak diucapkan kepada penyumbangnya.  Di bawah ini saya paparkan semula untuk rujukan di masa mendatang atau kepada sesiapa yang berkeinginan untuk mencubanya.

KEK MINYAK MARBLE
Sumber  :   Kemma81 MyResepi (terimakasih ya)

 Bahan-bahan ( 8 x 8 x 2 inci ) 
 5 biji telur 
3/4 cawan gula halus 
2 cawan tepung gandum diayak bersama 
1 camca teh serbuk penaik / baking powder. 
1 cawan susu pekat 
1 sudu besar ovallate 
1 cawan minyak masak perasa nenas / pisang / ape2 ikut suka 
1 sudu teh esen vanila 



Cara-cara
Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang. 
Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap. 
Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata. Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. 
Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.
Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x2 ) inci dgn mentega, taburkan dengan gandum dan ratakan. Jangan terlalu tebal.
Tuang setiap adunan secara berselang-seli dalam bentuk lingkaran hingga habis. 
Bakar pada suhu 170 darjah selama 40-45 minit. 
Utk menguji kek dah masak ke belum, cucuk tgh2 kek dgn sebatang lidi. Jika masih melekat tapi permukaan dah kekuningan, tutup permukaan kek dgn tudung periuk. Ini bertujuan supaya permukaan kek tidak hangus. Setelah masak, sejukkan dulu, baru potong.



Selamat Mencuba!


2 comments:

  1. salam kak watie, saya jer blom sampai seru nk buat kek minyak ni, padahal orang lain dh berkurun buat

    ReplyDelete
  2. cantik marble kek..kek ni memang sedap kan..

    ReplyDelete