Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Resepi untuk hari ini.
Ayam Kicap Semur
Bahan-bahan ( sekeluarga 5-8 )
1 ekor ayam, dipotong 8
6-8 sd kicap jalen manis
5 biji bawang besar, dihiris nipis (di goreng)
1 cmca teh lada putih
3 butir bunga cengkih
5cm kayu manis
1-2 biji buah pelaga
1 biji kelapa yg d parut d ambil & santan
5 sd sos cili
sdkit garam & gula
daun sup di potong halus
sedikit air asam jawa
BAHAN KISAR (basah)
6 ulas bawang putih
5 biji bwg merah
3cm lengkuas
10 tangkai cili kering
2cm halia
BAHAN KISAR (kering)
3-5 sd ketumbar
2-3 sd jintan manis
Cara-cara
Tumiskan kayu manis, bunga cengkih & buah pelaga. Masukkan bahan kisar (basah) dan tumis sehingga kekuningan. Masuk kicap, sos cili garam & gula.. Masukkan ayam, asam jawa & santan. .Biarkan sehingga masak. Masukkan bawang goreng. Setelah masak tabur daun sup dan sedia utk d hidangkan
No comments:
Post a Comment