Wednesday, May 14, 2014

Goreng Pisang Rangup Berbijan


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Jom kita minum petang dengan goreng pisang panas panas!  Tapi yang ni bukan hasil gorengan dari dapur kecil saya ya.  Goreng pisang ini saya suruh anak teruna saya belikan di gerai berhampiran taman perumahan.  Rasa lapar pulak petang tu.

Berbeza dengan goreng pisang yang selalu dimakan, tepung goreng pisang ini disaluti bijan, memang sangat rangup dan sedap bila dimakan, krup krap krup krap bunyinya bila digigit.  Memang lajulah masuk ke mulut, tau tau dah tinggal serdak.  


Sekali beli RM5,  banyak jugalah kuantitinya.   Yang dalam piring kecil ni cuma sebahagian kecil sahaja untuk sesi fotografi.


Lain kali bila nak buat goreng pisang sendiri,  apakata cuba, try, test,  campurkan adunan batternya dengan sedikit bijan.   Gerenti best! 


Cuba jangan tak cuba...........  

3 comments:

  1. Assalam kak Wattie,
    memang sedap pisang goreng letak bijan..kita pun suka..kita buat letak santan, kelapa parut lagi, recipe ada kat blog...heheh orang thai suka goreng pisang bubuh bijan..eh orang kedah pun kan..eh akak kat Penang kan?..dah dekat lah tu..hehe

    ReplyDelete
  2. nampak sedap dan ada kelainan pisang goreng bijan ni..

    ReplyDelete
  3. Kalau saya kan Wattie... serdak2nya tu sekali saya pulun ha hahaha... krup krraaaapppp!

    ReplyDelete