Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya besiaran kembali dan mengemaskini blog setelah sekian lama ditinggalkan. Dah penuh dengan sawang nampaknya rumah ini, Tapi, tak apalah, saya akan cuba membersihkannya sedikit demi sedikit. Hampir 4 bulan lamanya saya tidak mengemaskini blog disebabkan perkara perkara yang tidak dapat dielakkan. Tentu ramai yang tertanya tanya kemanakah gerangan menghilangnya diri ini, ada ker??? Atau mungkin ada yang akan berkata Ada aku kesah???, hehehe. Tak kesahlah apa yang anda fikirkan. Cuma ingin dikhabarkan alhamdullilah, saya masih lagi di sini, masih lagi bernyawa dan masih lagi seperti yang dulu, calm and simple....
Akibat dari blog yang tidak dikemaskini sekian lama, tiba tiba masalah lain pula yang muncul. Minggu lepas apabila saya ingin membuka blog dan memasukkan entri terbaru, blog saya tidak dapat diakses. Setiap kali blog ingin dibuka, hanya dapat dilihat dalam beberapa saat saja bilamana url blog akan beralih arah ke url yang bebentuk pengiklanan. Buntu fikiran saya dibuatnya, maklumlah saya inipun bukanlah orang yang cerdik IT. Ada juga pengunjung yang menelefon bertanya mengapa blog saya tidak boleh dibuka.
Syukur alhamdulillah, saya mempunyai satu lagi blog yang masih boleh diakses iaitu blog bisnes saya dewattiesdelight. Saya ajukan masalah yang saya hadapi melalui group discussion yang dikendalikan oleh pihak google.com. Pertanyaan dijawab dengan cepat dan saranan jalan penyelesaian yang agak terperinci diberikan untuk kita cuba mengatasinya. Syukur, setelah dua kali dicuba, saranan yang diberikan berjaya saya lakukan sekaligus menyelesaikan masalah yang dihadapi. Terimakasih banyak diucapkan kepada pihak google.com, terutamanya Nitecruzr blogger top contributor) dan KobusNL.
Oklah ya, apa cerita resepi kita untuk hari ini ya, mari kita lihat.
Masih lagi resepi yang sama pernah saya cuba beberapa kali sebelum ini. Boleh klik di SINI. untuk resepinya.
Cubalah resepi istimewa ini ya, insyaALLAH anda pasti akan menyukainya.
Selamat Mencuba
Dan Selamat Menjamu Selera
Tie... assalamualaikum. Lamanya tak berkunjung sini, apa entah cerita dia sekarang ni he heheheh... selamat penghujung raya Tie, maaf zahir batin.
ReplyDeleteWsalam Amie Cayangggggg,
ReplyDeleteRindunyaaaaa lama tak berborak dengan teman teman maya, esp Amie. Tergelak seketika bila Amie panggil Tie, nama yg begitu mesra dan sinonim dengan diri ku. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin dari Tie juga ya...
Assalamualaikum..ish ish ish nampak sedap betul daging masak itam ni,,
ReplyDeleteAlhamdulillah, dapat cari penyelesaian pada masalah yang ada...Dan selamat kembali mengaktifkan diri...
Wsalam. Alhamdulillah, tkasih kpd group discussion google.com. Kalau tak, sampai skrg tak dapat nak berblogging semula....
Deletesalam kak wattie ... sihat ke akak ..patut laaa lama x dengar khabar ..happy blogging balik.. ingatkan dah hilang dari dunia blog ...wani dah lama tak masak bab2 daging .. teringin jugak... sedap tuu..
ReplyDelete