Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Semenjak dua menjak ni mood masak memasak dah kembali segar sedikit, tak seperti dulu yang suam suam kuku jer.... Seperti biasa di Watties HomeMade menu ayam tetap menjadi pilihan. Hari ni saya nak hidangkan ayam ala ala western, ala ala kenny rogers gitu. Ramai yang dah mencuba ayam ni, kita aja yang selalu ketinggalan. Resepi yang agak glamer ni sumbangan Sharm Myresipi, Terimakasih ya.
AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS
Bahan-bahan ( Ayam saiz besar (8-10 orang) )
1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
Bahan-2 untuk make up ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam / serbuk lada hitam
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega
Cara-cara
Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
Perap selama 1 1/2 jam.
Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang (saya bakar)selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, saya menyapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
Untuk dicurahkan keatas ayam dan kentang putar semasa makan, saya menggunakan sos lada hitam yang memang tersedia dijual di pasaran. Campurkan 2 jenis sos lada hitam yang berbeza dengan sedikit air panas (mengikut citarasa sendiri kita)
Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar
dh lama tak buat ayam panggang..asik buat masak kicap je...nk sikitttt
ReplyDeletesalam watie, lama kak ros tak masuk dapur ni. Nampak sedap tu.
ReplyDelete