Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Ini adalah tempahan kek anak patung barbie yang kedua saya terima lanjutan dari kek barbie yang pertama beberapa minggu yang lepas, alhamdulillah...... Saya buatkan untuk En Saiful, rakan setugas Mr Hubby sempena menyambut hari lahir anaknya yang berusia setahun.
Memandangkan En Saiful menginginkan warna pink dan putih sebagai tema warna baju barbie, maka untuk dekorasi kali ini saya menggunakan buttercream dan sedikit manik. Bolehlah bermain main dengan warna.
Idea rekaan baju barbie ini saya perolehi setelah melayari beberapa laman youtube dan mempelajarinya secara online. Hasilnya tidaklah secantik seperti yang dipamerkan di youtube, maklumlah pendeko amatur......apa apapun saya agak berpuashati dengan hasilannya.....insyaAllah akan diperbaiki dari masa ke semasa, itupun kalau ada tempahan lagi hahaha....
Mari kita tengok pandangan dari sebelah sisi baju barbie, saya buatkan ropol ropol kecil dan besar beserta beberapa kuntum bunga beserta dedaun.
Kali ni terjumpa anak patung comel yang telah siap didandan setelah menerjah ke beberapa kedai bakeri tetapi harganya agak mahal sedikit.
Pandanglah....... lihatlah......
Berat kek ini ialah 2.1kg.
Mari kita tengok dengan lebih dekat, zoooooommmmmm
Kepada yang ingin mencuba dekorasi seperti ini, saya letakkan di sini beberapa nozel berbeza yang saya gunakan. Nozel no 128 untuk ropol besar di keliling belakang dan bahagian bawah baju, nozel 104 untuk ropol kecil, juga nozel 104 untuk bunga rose yg sederhana besar dan putiknya, no 67 untuk daun, no 18 untuk corak bahagian dalam baju dan no 2 untuk garisan kecil.
Happy Birthday Nur Izz Zara Damisya, semuga membesar menjadi anak yang solehah, penyejuk hati ayah dan bonda, amin.
Pandangan dari belakang.
Pandangan dari atas.
Inilah rupa kek coklat lembab yang saya buatkan untuk kek barbie kali ini. Lepas masak terbalikkan di atas redai sehingga kek benar benar sejuk, barulah boleh dideko, kalau tak, buttercream akan mencair. Tekstur kek ini lembut, lembab dan tidak terlalu manis, yang sedang, sedang sajaaa..........ahakssss....
Memandangkan saya tak punya acuan khusus untuk kek barbie, maka saya mendapat idea menggunakan acuan seperti di atas dengan saiz yang berbeza bagi mendapatkan bentuk baju sebagaimana yang diinginkan. Masa yang diambil untuk kek ini masak agak lama lebih kurang 1 1/2jam memandangkan bentuk loyang yang agak dalam dan mengecil di bahagian bawah.
Taraaaa.....lekatkannya dengan sedikit sapuan buttercream.
Terimakasih banyak di ucapkan buat Saiful dan isteri kerana sudi menempah. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.
Assalamualaikum Kak Watie..wahhhh gojessss sungguh skirt dia...Bukan senang nak wak beralun2 macam tu...
ReplyDeletemesti princess bangga dpt baju gaun yg cun ropol-ropol made from penang!
ReplyDelete