Sunday, March 28, 2010

Sardine Roll




Dan lagi satu resepi pilihan ialah mini sardine roll. Buat ni untuk minum petang anak beranak, memang kesukaan famili ni. Resepi asal saya ambil dari fp Jasmeen dan telah saya ubahsuai sedikit sebanyak mengikut selera tekak sendiri hehehehe.... Tks yer Meen. Kepada yang ingin mencuba, sila la jenguk kat bawah tu....

MINI SARDINE ROLL

Bahan2
Roti sandwish secukupnya
1 tin kecil sardine
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 biji telur - dipukul sedikit
1 biji cili merah - dimayang
Serbuk roti secukupnya - klu takder dlm stok, tumbuk jerla apa2 roti kering yang ada kat rumah tu...
garam secukup rasa
sedikit tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air utk dibuat gam)

Cara2
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar hingga layu.
2. Masukkan sos tomato dan sos cili.
3. Masukkan sardine dan hancurkan menggunakan sudu sambil digaul rata.
4. Masukkan cili merah dan gaul rata. Masukkan juga garam secukup rasa.
5. Gelek roti sehingga nipis (sebab mini maka sekeping roti dipotong dua)
6. Masukkan inti, gulung dan gam hujungnya dengan tepung gandum
7. Celup roti ke dalam telur, golekkan atas serbuk roti biar tebal.
8. Goreng dengan api perlahan sehingga kekuningan.
9. Siap dan hidang dengan sos.

No comments:

Post a Comment