Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Taman Pauh Jaya Seberang Perai Pulau Pinang
Sunday, March 28, 2010
Karipap Pusing (Spiral Curry Puff)
Eksperimen membuat karipap pusing ini entah kali yang keberapa saya mencuba tak tau ler. Seingat saya banyak kali juga, malangnya hasilnya selalu menghampakan. Selalunya bila saya buat karipap pusing tak pernah pun kelihatan pusingannya, sebaliknya jadi epok2 atau karipap biasa. Jalur gemilangnya langsung tak kelihatan. Membuat karipap pusing ini tidaklah terlalu rumit sebenarnya, cuma memerlukan sedikit tenaga untuk menguli, lagi lama diuli, lagi lembut dan cantik hasilnya.
Entah bagaimana, tetiba kali ni menjadi pulak, alhamdulillah, mungkin juga berkat kesabaran saya yang tidak pernah berhenti mencuba, maka kali ini terhasillah karipap pusing idaman saya walaupun rupanya tidak seindah karipap yang dibeli atau dibuat pro. Berbaloi jugakla saya menguli. Saya mencuba dua resepi, satu dari kak liza dan satu lagi dari blog bro rozzan (sumber yatt). Lihatlah hasil dari kedua2 eksperimen saya itu. Apa yang penting, melalui ruangan fp ini saya berpeluang mempelajari sedikit sebanyak teknik membuat karipap pusing dengan cara yang sepatutnya. Terima kasih kepada semua yang sudi berkongsi ilmu pengetahuan, semuga apa yang anda sumbangkan mendapat keberkatan dan diredhai ALLAH hendaknya.
Resepi ini banyak menggunakan minyak dan marjerin jadi hasilnya karipap sangat gebu dan rangup. Perlu berhati-hati bila menggoreng kerana adunannya rapuh dan mudah berderai.
[b]KARIPAP PUSING
Sumber : Helikonia (blog bro rozzzan) - tks to both of you
Bahan A - Doh Minyak
600gm tpg gandum
1 cawan air suam
1/2 cawan minyak masak
2-3 cubit garam
Gaul dan uli hingga sebati. Buatkan bebola2 kecil
Bahan B - Doh Marjerin
400 gm tpg gandum
150 gm margerin
Gaul dan uli hingga menjadi doh yang tidak melekit. Buatkan bebola2 lebih kecil dari doh minyak.
Cara-cara
Ambil setiap bebola dari doh marjerin dan masukkan ke dalam bebola minyak yang telah dileperkan hingga menjadi satu bebola besar. Ulang hingga kesemua bebola habis digunakan. Kemudian ambil sebiji bebola tadi dan canaikan hingga menjadi persegi empat. Sesudah itu gulung doh tadi hingga menjadi seperti swiss roll. Setelah itu canai lagi (memanjang) lalu digulung sekali lagi. Akhir sekali, potonglah doh ini kepada 3-4 bahagian mengikut saiz karipap anda. Buat seperti ini kepada kesemua bebola tadi hingga selesai.
Ambil satu gulungan yang telah dihiris/dipotong tadi dan canai leper. Masukkan inti dan tutupkan semula dengan kemas. Kelimlah dengan teliti. Apabila kesemua doh/bebola dah selesai, bolehlah digoreng dengan api sederhana.
Untuk intinya anda bolehlah menggunakan sebarang inti inti kegemaran anda seperti inti kentang atau sardin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment