Wednesday, September 16, 2015

Resepi Apam Balik Tradisi (Malaysian Peanut Pancake)



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Tiba tiba teringin pulak nak makan apam balik.  Seumur hidup saya, inilah kali pertama saya membuat apam balik.  Ini sarapan pagi kami sekeluarga pada pagi itu.  Saya mencuba  resepi yang hampir sama tapi dari dua penyumbang berbeza.   Terimakasih diucapkan kepada kedua duanya kerana berkongsi resepi istimewa ini.  Hasil apam balik dari resepi ini sungguh lembut, lemak dan sedap.  Inti jagungnya pun saya buat mengikut resepi di bawah.  In sha Allah pasti akan saya buat lagi nanti.

Sewaktu menghidangkannya, saya juraikan sedikit sos karamel diikuti dengan taburan coklat urai di atasnya.   Wahhh, bestnyaaaa,  nampak macam crepe pun ada.   Boleh saya panggil apam ini sebagai crepe jagung berkacang bersama sos karamel???, glamer sikit kedengarannya??? heheheh, kenapa tidak kan, lagipun ini hasil kerjatangan kita sendiri.

APAM BALIK

Sumber  :  Ms Oreo@myresipi.com

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

2 cawan tepung gandum

½ cawan gula

1 sudu teh soda bicarbonate

1 sudu teh baking powder

Sedikit pewarna kuning

1 biji telur

1½ cawan air

Sedikit mentega/planta untuk mengoles

Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar

Cara-cara

Mesin gula bersama telur hingga kembang,
Masukkan soda bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)


Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. 



APAM BALIK
Resepi : NoorMasri
Sumber  :  MekarMeWangi

Bahan-bahan:
2 cawan tepung naik sendiri } diayak
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1 1/2 cawan susu segar (ganti dgn air biasa pun boleh tapi kurang sikit lah rasanya nanti)
1/2 sudu kecil baking powder
Filling:
1 tin jagung krim @ homemade creamcorn
1 cawan kacang tumbuk
1 cawan gula
sedikit mentega

Cara membuat:
Pukul gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda bikarbonat, susu segar, baking powder dan pewarna kuning.
Pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak bergentel. perap 1 hr.
Panaskan pan 'non stik' tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian nipiskan.
Tutup pan sebentar (ambil ler tutup periuk yg sesuai utk pan tu klu pan tak ada penutup).
Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi dan secubit mentega.
Tutup sekejap, bila masak bolehlah diangkat dan dilipat dua. 
Sapu sedikit mentega.

***homemade cream corn:
1 tin sweet corn + 1/2 cup freshmilk + 2 tbs gula+ 1 biji kuning telur + 2 tbs tepung kastard.
masukkan semua bahan dalam periuk, masak sampai pekat, sambil lenyek2kan jagung dengan senduk atau hand blender.



Selamat Mencuba!




No comments:

Post a Comment