Wednesday, August 20, 2014

Bihun Soto


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Ini antara hidangan yang saya sediakan pada bulan puasa dan juga hari raya baru baru ini.



BIHUN SOTO

Bahan Bahannya  :-
1 bungkus bihun 
1 ekor ayam, potong kecil, cuci dan toskan
1 mangkuk kacang tanah goreng dikisar
2 ketul kiub ayam
Air secukupnya.
garam dan lada sulah secukupnya

Bahan Bahan Tumis  :-
1 bungkus sup bunjut adabi - keluarkan isinya dan tumbuk halus
1 sb ketumbar - ditumbuk halus
1 sb jintan manis - ditumbuk halus
1st serbuk kaskas

3 batang serai - diketuk
1 in lengkuas - diketuk


Bahan Bahan Kisar   :-
1 biji bawang besar
7 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
5 biji buah keras 
1/2 inci kunyit hidup / serbuk kunyit

1 sudu besar lada hitam kisar
5  camca besar rempah sup Adabi


 Bahan bahan pelengkap  :-
1 bungkus fish ball - dicelur dan dipotong dua
1 bungkus fish cake - dicelur dan dihiris

Bahan bahan hiasan  :-
hirisan daun bawang 
hirisan daun sup 
taugeh yang telah dicelur
bawang goreng

Sos Kicap
1 genggam cili padi
1 biji bawang putih
1 biji limau kasturi
kicap manis secukupnya
(Tumbuk cili padi dan bawang putih hingga lumat, kemudian masukkan kicap manis, perahkan limau kasturi, gaul rata)


Cara caranya  :-

1.  Panaskan minyak di dalam periuk tinggi.  Tumis bahan bahan tumis hingga naik bau.  
2.  Masukkan bahan bahan kisar halus, serai dan lengkuas. Sentiasa kacau agar  rempah tidak hangit.  Goreng sehingga rempah sedikit garing dan harum baunya serta naik minyak semula.  
3.  Tuang air sedikit dahulu sambil dikacau agar rempah sebati dengan kuah dan tidak bergentel.   Bila dah sebati, barulah dimasukkan air selebihnya mengikut keperluan. 
4.  Bila kuah mendidih, masukkan ketulan ayam, biar hingga ayam masak dan timbul di permukaan.  
5.  Keluarkan ayam dan asingkan.   Tanggalkan isi ayam dari tulang, asingkan.   Masukkan semula semua tulang ke dalam periuk sup.  Tambahkan kacang tanah goreng, kiub ayam, garam dan lada sulah secukupnya.  Biarkan kuah mendidih dan sedikit pekat.

Ayam yang telah dikeluarkan tadi dicarik halus.

Cara Menyediakan Bihun
Masukkan bihun ke dalam bekas yang bersesuaian.  Tuang air panas mendidih  hingga menutupi paras bihun.  Biarkan sehingga bihun kembang.  Jangan rendam bihun terlalu lama kerana bihun akan lembik.  
Bila telah elok kembangnya,  toskan bihun tersebut dan lalukan di bawah air paip.  Toskan airnya.

Cara Menghidang  :-
Ambil mangkuk,  masukkan bihun yang telah dicelur,  aturkan diatasnya dengan  fish ball, fish cake dan  ayam yang telah dicarik halus.  Tuangkan kuah di atasnya dan taburkan dengan bahan bahan hiasan.  Hidangkan dengan sos kicap.  Siap!!!


Nota  :  Kuah soto ini boleh juga dihidangkan bersama mee ataupun nasi impit.

1 comment: