Tuesday, August 26, 2014

Ayam Goreng Cili Padi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Sessi ulangtayang untuk resepi yang hebat, ringkas dan sedap.


Resepi dari SINI

 Ayam Goreng Cili Padi 

  Bahan-Bahan: 
 BAHAN A: 
 1 ekor ayam dibersihkan dan dibelah lapan 
 1 batang serai ditumbuk lumat 
 Sedikit serbuk lada hitam 
 Sedikit tepung beras 
 Sedikit kunyit serbuk & garam 


 Bahan B: 
 1 genggam cili padi 
 2 labu bawang 
 1 batang serai. 
 Garam secukup rasa. 


 Cara: 
 LANGKAH PERTAMA: 
Setelah ayam dibersihkan,bahan-bahan yang lain dilumurkan ke ayam dan dibiarkan perap selama 1 jam. Setelah diperap, ayam boleh digoreng sehingga kekuningan. 

 LANGKAH KEDUA:
 Bahan-bahan B hendaklah ditumbuk tetapi jangan hancur dan serai hanya dititik. Tumis bahan-bahan ini jangan sampai garing. kemudian campurkan ayam gorengan tadi kedalam tumisan ini. Siap untuk dimakan.


Silakan.

3 comments:

  1. Wow! Berasap telinga ku... cili padi segonggam! Apa pun musti sodap punya....

    ReplyDelete