Friday, June 27, 2014

Sagu Gula Melaka & Salam Ramadhan Al Mubharak



Salam Ramadhan Al Mubharak diucapkan kepada semua teman teman dan pengunjung blog Wattieshomemadecakes dan DeWattiesdelight.  Alhamdulillah, bulan ramadhan tiba lagi, bulan yg penuh dengan keberkatan Dan kemuliaan.  Kedatangannya sentiasa dinanti kerana ianya menjanjikan sebuah peluang yang besar bagi kita meningkatkan keimanan Dan ketakwaan. Mudah mudahan kita dapat melaluinya Dan menjadi insan yg lebih baik dari segala segi berbanding sebelumnya.

Cuaca agak panas kebelakangan ini, biarpun siang maupun malam.  Tekak pula sering aja kehausan.  
Apakata hari ni kita layan pencuci mulut yang saya buat beberapa hari yang lepas.  Boleh juga kalau ingin dijadikan juadah berbuka puasa nanti.
Saya letakkan dua jenis resepi berbeza untuk rujukan di masa hadapan.


PUDING SAGU GULA MELAKA 
Sumber Resepi : Ummi Zaihadi@HomeSweetHome (tkasih ya)

 Bahan:- 
300 gm biji sagu (warna putih) 
2 liter air 
1/2 camca teh pewarna hijau (*ummi guna 2 sudu kecil pes pandan je) 
2 helai daun pandan - kisar dan tapis jusnya 

 Untuk sirap gula:- 
1 ketul gula melaka, potong kecil 
1/2 cawan gula pasir 
1 1/4 cawan air 
1 helai daun pandan (masak hingga gula larut dan pekat, tapis dan sejukkan) 
 1 cawan pati santan + 1/4 camca teh garam *boleh ganti dengan susu sejat (*ummi guna ni) 


 Cara Menyediakan:- 
Didihkan air, masukkan daun pandan dan pewarna hijau. Kemudian cuci sagu sekejap dan masukkan dalam air mendidih. Masak sagu berubah jadi jernih. Tutup api dan biarkan sagu tadi selama 2 - 3 minit. Angkat sagu tadi dan toskan serta cuci bawah air mengalir untuk membuang kanjinya. Toskan dan isi dalam acuan/mangkuk pilihan. Simpan dulu dalam peti sejuk 1 - 1 1/2 jam. Cara Hidangan:- Keluarkan sagu dari acuan, masukkan dalam mangkuk2 kecil, tuang sedikit air gula melaka dan sedikit santan atau susu sejat tadi.  


SAGO GULA MELAKA 
Sumber Resepi : Rossitamz@MyResepi (tkasih ya)

 Bahan-bahan ( 6 orang ) 
 Bahan A : 
2 cawan sagu 
5 cawan air 

Bahan B : 
3 cawan santan 
1/2 cawan gula pasir 
1/2 sudu kecil garam 

Bahan C : 
1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah 
1 cawan air 
1 cawan air 
1 helai daun pandan 


Cara-cara Adunan A : 
Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih. Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya. Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan. 

Cara-cara Adunan B : 
Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih. Buang daun pandan dan sejukkan. 


Cara-cara Adunan C : 
Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur. Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk. 

Cara menghidang : 
Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang. Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C. Siap untuk dimakan!!!

Tak rugi mencubanya, memang sangat sedap.

1 comment:

  1. Selamat berpuasa Watie, yg ni mmg dah masuk list nak buat hari ni...hehe...asyik ingat makan je bila puasa kan..

    ReplyDelete