Monday, April 21, 2014

Kari Daging Kambing


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Menu minggu lepas saya sekeluarga.  Saya menggunakan resepi ini untuk memasak kari daging lembu.

 RESEPI KARI DAGING KAMBING (LAMB). 
Sumber : MamakHaji (terimakasih ya)

Bahan-Bahan: 
2 kilo daging kambing tanpa tulang di potong kiub 1in
 2 biji bawang besar (dikisar dan jadikan pes pekat). 
2 biji tomato dibelah empat (boleh gunakan puree tomatao). 
2 sudu besar (tbsp) pes halia bawang putih.
 6 kuntum cengkih.* 
2 keping kayu manis pajangnya dlm 1 inci.* 
1 sudu kecil (tsp) jintan putih.* 
1 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit.* 
1 sudu besar biji rempah (corriander seeds).* 
1 sudu kecil (tsp) biji jintan manis.* 
1/2 sudu kecil buah pelaga hijau (pelaga putih kualitinya rendah). 
1 sudu (tsp) Garam Masala. 
2 sudu besar (tbsp) serbuk cili ( ikut suka kepedasan). 
2 sudu kecil (tsp) garam atau secukup rasa. 
2 sudu besar cuka tiruan makanan. 
1 1/2 cawan santan. 
3 sudu besar minyak masak. 
10- 20 helai daun kari. 

CARA MEMASAK: 
1. Masukkan cuka, serbuk kunyit, garam 1/2 sudu kecil, serbuk cili dan pes halia bawang putih, sebatikan bahan-bahan ini dan sapukan kepada permukaan (gosokan)daging kambing. 
2. Peramkan daging yang telah diadunkan semalaman dalam peti sejuk. Kalau terpaksa buat dengan kadar segera, peramkan sekurang-kurangnya dua (2) jam. 


3. Kisar bawang dan jadikan pes agak pekat. Biji-biji rempah yang bertanda*, goreng kering (roast) dan sejukkan sebelum kisar serbuk halus. Ini rumusan rempah kari daging kambing yang buat sendiri. 

4. Pilihan khusus pilihan alat masak kari kambing ini perlu ambil perhatian. Kita perlu masak kari kambing seperti, “ayam masak kurmak” dalam posting yang sebelum ini. Masak kari ini masak mengikut teknik “simmering”. Anda boleh gunakan “Pot” yang bertudung masak kari kambing ini. Pilih “pot” yang bahagian bawah “pot” itu tebal. Tetapi kaedah masak kambing atau daging lembu paling mudah dan cepat ialah dengan menggunakan “pressure cooker”. 


5. Masukkan minyak dalam periok pressure cooker, bila minyak panas, masukkan daun kari, pes bawang yang telah kisar dan serbuk kunyit. Apabila pes bawang mula sejatkan air dan mula bertukar warna dengan minyak mula pecah (api dapur dalam keadaan sederhana panas (low-medium). 
6. Masukkan serbuk cili dan cuma masak dalam 30 saat. 
7. Masukkan pes halia bawang putih dan masak cuma seminit.
 8.Masukkan semua rempah yang telah dikisar serbuk yang telah sediakan. 
9. Biarkan semua campuran ini di masak sehingga pecah minyak (kelihatan minyak akan ke tepi) menunjukkan semua kandungan air dalam pes itu telah sejat dan tersedia masak. 
10. Masukkan daging kambing yang telah diperam. Sebatian dengan semua rempah dalam kuali. Biarkan 5 minit supaya dagingnya masak sedikit dengan haba dan minyak. 
11. Masukkan sedikit air sekiranya diperlukan. Perlu di ingat, air daging juga akan dihasilkan semasa daging sedang masak dengan itu jangan terlalu cair kepekatan kuah. Sekiranya kuahnya pekat kita boleh tambah air sedkit tetapi kuahnya cair sukar kita nak pekatkan kembali. 
12. Tutup tudung pressure cooker dengan ketat. Dari pengalaman mamak haji takat masak daging itu ditentukan dengan bunyi “wisel” tiga kali. Masak dengan “stock pot” perlu jaga paras air dan juga masa daging masak itu masa yang lama 45minit ke 60 minit dan tahap masak daging itu ditentukan dengan siat daging itu. 


13. Bila daging telah empuk, buka tudung pressure cooker dengan terlebih dulu menyejukkan dengan lalukan air paip di atas tudung periok itu selama tiga – 5 minit. Buka tudung dengan berhati-hati. Hidupkan kembali api dapur sederhana dan masukkan santan dan kacau perlahan supaya daging yang telah masak tidak terurai. Masukkan “garam masala”. 
14. Bila kuah mula mendidih tutup api dapur. Masak kari kambing anda telah siap. Bolehlah dihidangkan dengan potongan tomato dan daun saderi. 
Selamat mencuba. 


Untuk yang baru belajar kari, tak perlu gunakan rempah-rempah yang perlu digoreng, dan diserbukkan. Boleh gunakan rempah tersedia ada dipasaran yg khusus untuk masakan daging dan juga ayam. Gunakan 125gm (separuh) dari paket yang berat biasanya 250 gm. dan juga jangan peningkan kepala dengan teknik masak yang mamak haji terangkan di atas. Gunakan periok biasa pun boleh. Yang mamak tulis di atas itu untuk tukang masak yang ingin mahirkan teknik “masak kari” yang asli. Mamak Haji harap para pembaca faham maksudnya. 


Ramai pembaca tertanya-tanya kenapa mamak haji gunakan cuka dalam resepi ini?. Rahsia kegunaan cuka sedikit benar kita ketahui. Walau tulisan mamak haji berjela-jela panjang tetapi apa saja terlintas dalam pemikiran Mamak haji perlu ditulis kerana mungkin mamak haji kesuntukan masa menulis dan juga akan terlupa. 
Di sini mamak haji ingin memberikan sedikit tip-tip masakan. Tip-tip kegunaan cuka dalam masakan: 
1. Cuka boleh digunakan untuk melembutkan daging bila direbus. Dan cuka juga menjadi ajen “pelembut Daging” seperti getah buah betik atau di namakan “papain”. Ingat wanita suka basuh muka dengan “sabun Papaya” sebenarnya sabun itu diperbuat dari getah buah betik. 
2. Sekiranya merebus telur dan ingin putih telur berbentuk baik dan cantik, tidak retak gunakan dua atau tiga sudu besar cuka. Garam cuma keras kulit telur supaya mudah untuk kopek kulitnya. 
3. Sedikit cuka, sekiranya dicampur dengan air ais boleh mengekalkan kesegaran sayur-sayuran daun setelah dibasuh dan dipotong.
4. Sekiranya anda kopek bawang dan tangan anda berbau bawang, boleh hindarkan dengan membasuh tangan anda dengan air yang dicampur dengan cuka. 
5. Cuka juga boleh mengelakan air gula beku apabila sejuk. Anda boleh buat madu tiruan dengan air gula di campur cuka. 
6. Boleh menghilangkan bau ruang dapur anda dengan mendidihkan 1/4 cawan cuka dicampur air dan mendidihkan didapur anda. Wap cuka akan menghindarkan bau ruang dapur anda. Banyak lagi..kegunaan cuka dalam masakan selain menjadi pengawet makanan dan buah-buahan. 
Wassalam.

2 comments: