Monday, January 6, 2014

Door Gift & Hantaran Red Velvet Cake In The Jar


\

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Inilah dia kek baldu merah dalam balang tempahan Yati, Cyberjaya.  Yati menempah 100 balang kesemuanya untuk dijadikan sebagai doorgift dan juga hantaran.  Ini adalah kali pertama saya membuat kek baldu merah dalam balang untuk kuantiti yang agak banyak, selalunya permintaan   lebih kepada kek pelangi dalam balang.  


Berbeza dari kek pelangi dalam balang yang dibakar di dalam jar, kek baldu merah pula dibakar berasingan, dipotong.  kemudian disusun di dalam balang berselang seli dengan krim.


Gambar diambil waktu malam, jadi agak malap kejadiannya.
Terlupa langsung nak snap atas meja, yang ni aja yang sempat disnap masa dalam chiller.

'
Petang tu, saya terima sms daripada Yati berbunyi begini  :-
"Akak, terima kasih ye.  Pihak lelaki cakap red velvet sedap".  
Alhamdulillah, terimakasih banyak diucapkan di atas feedback Yati.



Kita tengok satu satu pula ya,   sebelum kek dipick up oleh pelanggan, sempatlah posing tepi kotak sebalang kek ni.  Meh kita pakat pakat tengok...................




Terimakasih banyak diucapkan diatas tempahan dan kepercayaan yang telah diberikan bagi menyediakan kek baldu merah ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.


3 comments:

  1. Salam Watie, teringin juga nak buat kek dlm jar mcm ni..

    ReplyDelete
  2. wah bestnye..penuh chiller tu..suka tgk

    ReplyDelete