Sunday, November 17, 2013

Lamb Mandy and Chicken Mandy


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Semalam, selepas shopping mingguan, hubby membawa saya dan anak anak menikmati hidangan  nasi mandhi di Qasar Hadramaut, Bandar Perda, Seberang Perai.  Masuk ini entah dah kali yang ke berapa kami ke sana selepas diperkenalkan oleh kakakku


Hubby pesan 1/2kg lamb mandy,  Harganya RM 35.  Kami makan 4 orang, memang lebih dari mencukupi.


Nasi mandhi merupakan sajian popular dari timur tengah.  Dihidangkan bersama lauk pilihan samada ayam ataupun kambing.  Nasinya yang diperbuat dari beras basmathi sangat lembut dan tidak jemu bila dinikmati


Inilah gandingannya.



Suasana di dalam restoren.  Saya dan hubby tersenyum sesama sendiri bila melihat satu famili 5 orang yang saiznya kecil kecil sahaja memesan 1/2kg chicken mandy dan 1/2kg lamb mandy.  Bila hidangan sampai mereka agak terkejut melihatkan saiznya yang besar.  Pada pandangan saya si pengambil pesanan sepatutnya memaklumkan bahawa  saiz 1/2kg  mencukupi bagi famili yang seramai itu.  Tapi tak apa, kalau tak habis boleh dibungkus dan  dibawa balik


Ini pula chicken mandy, harga RM 17 sepinggan.  Selalunya sepinggan hidangan nasi mandhi ini boleh dinikmati oleh dua orang kerana saiznya yang agak besar.  Hidangan yang disajikan adalah mengikut saiz Pak Arab yang berselera besar, berbeza dengan saiz dan selera kita di Malaysia.   Ini adalah gambar yang diambil sewaku kunjungan sebelumnya.  


Hubby pilih lamb mandy, saya pula chicken mandy.  Makan berkongsi bersama anak anak.




Jika anda teringin menikmati nasi arab yang enak, saya ingin menyarankan restoren ini.
Jom ramai ramai terjah ke Qasar Hadramaut, Bandar Perda.  Terletak berhampiran Restoren Kapitan.


2 comments:

  1. salam..

    wow, nampak sedap tu walaupun x pernah makan lagi..terliur la..hihi.

    ReplyDelete
  2. dah cuba makan kat sana memang sedap n berbaloi...kali kedua p baru dpt masuk kedai tu...ari minggu selalu full..

    ReplyDelete