Tuesday, July 24, 2012

Fragrant Green Chicken Curry

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya, 
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan salam ramadhan dan selamat berpuasa untuk semua umat islam dan pengunjung Wattieshomemade khususnya. Terimakasih banyak diucapkan kerana sudi menjengah ke sini. Saya dapati traffic ke sini melambung tinggi dua kali ganda daripada sebelumnya.  Walaupun jumlahnya tak setinggi  blog2 masakan yang lain, namun ianya tetap memberikan saya satu suntikan semangat untuk terus berblogging. Alhamdulillah, semuga blog ini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat kepada semua dalam menyediakan juadah berbuka maupun juadah hari raya. Sesungguhnya kunjungan anda semua amat saya hargai. Dan semuga ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan buat kita semua, insyaAllah.
Sebenarnya n3 saya seminggu dua ini adalah n3 autopublish sahaja, sebab itu kurang berbicara. Bulan puasa ni nampaknya aktiviti blogging terpaksa dikurangkan sedikit seperti tahun tahun sebelumnya, namun saya tetap akan menyiarkan resepi2 terbaru yang telah dan akan saya cuba secara autopublish juga, harap maklum.
Oklah, jom kita semak resepi untuk kali ini.  Agak lama juga saya menyalinnya, namun tidak berkesempatan untuk mencubanya kerana selalu kekurangan bahan bahan.  Resepi ini agak istimewa kerana ada sedikit kelainan dari segi bahan bahannya.  Resepinya saya perolehi dari laman asianfoodchannel. Kepada yang inginkan kelainan di dalam hidangan berbuka, bolehla mencuba resepi ini.  Dibawah ini saya perpanjangkan resepinya. 

Fragrant Green Chicken Curry 
Show: Jamie Oliver Naked Chef Chef: Jamie Oliver 
Category: Main Course Yields: 4 

Ingredients Green Curry Paste 
6 bottle spring onion, washed and trimmed 
5 medium green chili, seeded, and, finely, chopped 
2 cloves garlic 
1 tbsp fresh ginger, root, peeled, and, finely, chopped 
1 tbsp coriander seeds, pounded, and crushed 
1/2 tsp freshly ground black pepper 
sea salt, to taste freshly 
ground black pepper, to taste 
1/2 handful lime leaf, torn 
2 lemongrass, stalks, trimmed back, and, finely, chopped 
2 good handfuls fresh basil, on the stalk (tak letak ler benda alah ni)
3 good handfuls fresh coriander, on the stalk 
3 tbsp extra virgin olive oil 
4 lime, zested, and, juiced
Chicken Curry 
4 chicken, breasts, boneless, skinless, and, cut into 5 large pieces 
16 oz coconut milk 
1 handful chopped pistachio nuts (ganti cashewnut)
Method Green Curry Paste: 
Put all the green curry paste ingredients in a food processor and whizz to a smooth green paste.
Chicken Curry: 
Marinate the chicken in a little of the green curry paste for 30 minutes, then add a little oil and chicken pieces to a hot casserole-type pan or wok. Fry for 4 minutes, then add the remainder of the marinade - it will sizzle. Stir in the coconut milk, bring to a boil and simmer gently for 8 minutes until the chicken is cooked. Season to taste. The flavour should have a kick but reasonably mellow - very fresh and fragrant. Sprinkle with the pistachios and some coriander leaves and serve with steamed rice or noodles, and chunky coconut, tomato, cucumber and lime relish.


Selamat Mencuba..........

Rumah kedua ku  :  http://dewattiesdelight.blogspot.com/,  jemput singgah.....

6 comments:

  1. sedapnye tgk lauk ayam tu..mkn dgn nsi beriyani ok jugakkan...

    ReplyDelete
  2. ASSALAM KAK wATTIE..Nmpak sedap ayam tuh..autopublish pon xperlah kak,janji da n3 kan..

    ReplyDelete
  3. sedapnya lauk tu kalau dpt semangkook tu mmg puas makan ni nasi putih sedap jugak gu dgn nasi ni hee

    ReplyDelete
  4. salam kak watie, selamat berpuasa juga utk akak sekeluarga.. elok je nmpk pekat kuah ayam nih. tun pun suka tgk jamie ni masak.

    ReplyDelete
  5. Assalam kak wattie,
    nampak sedap lauk ayam ni..must be very wangi bila dimasak tukan kak..selamat berpuasa pada akak & family juga ya..

    ReplyDelete
  6. Salam ramadhan kak,selamat berpuasa.sedap tgk ayam curry tu..menyelerakan:)

    ReplyDelete