Monday, July 23, 2012

Kek Mini Marble Badam


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
Kek mini ini saya buat untuk dibawa ke rumah saudara yang mengadakan kenduri arwah beberapa hari yang lepas.



Resepinya saya ambil dari SINI ya. Terimakasih kerana sudi berkongsi resepi. 


MINI CAKES 
Bahan2.. 
250 gm tepung optima 
4 biji telur 
50 ml susu segar 
80 ml minyak jagung 


Cara2nya.. 
1. Pukul tepung optima dan telur selama 8 minit. 
2. Tambahkan susu dan pukul lagi dalam 2 minit. 
3. Tutup mixer, tuang minyak jagung dan kaupbalikkan adunan sehingga sebati. 
4. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan letakkan pewarna. 
5. Lenserkan dulang saiz 10x10x1 inci, lapik kertas minyak dan lenser sedikit butter lg. 
6. Tuang adunan di tengah2 loyang bergilir2 ikut warna, Buat sampai semua adunan habis. 7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 35 minit. 6. Sejukkan atas redai dan potong kek sebesar 1x1 inci. 
7. Susun kek atas papan kek bersaiz 16x16 inci dan hias dengan bcream n assessories yg lain. 


 Bahan2 buttercream.. 
250 gm krimwell 
100 gm susu pekat manis 
40 gm gula aising - ayakkan 


Cara2nya.. 
1. Pukul semua bahan2 sehingga sebati dan putih, gunakan kelajuan sederhana. 
2. Boleh letak pewarna atau perasa jika suka.


2 comments:

  1. salam dan selamat berpuasa kak Wati...nampak sedap kek tu...terliur saya !!

    ReplyDelete
  2. nmpk sedap sgt kek tu Kak Watie...slmt bpuasa...

    ReplyDelete