Ayam karlio ni dah lama saya buat sebenarnya, baru hari ini berkesempatan untuk meletakkan dalam n3. N3 ni pun n3 autopublish yer.
Resepi saya ambil dari SINI. Terimakasih kerana sudi berkongsi resepi istimewa ini.
Ayam Karlio Nenas Chef Wan
Bahan-bahan
Minyak sayur 60ml
Santan 1 biji
Ayam 1ekor, dibelah empat
Asam keping/gelugur 4 keping
Gula secukup rasa
Nenas masak 1/2 biji, dipotong lebar-lebar
Daun kesom 4 sudu besar, dicincang halus (yg ni sy tak letak sbb takder)
Cili merah 10 biji, kisar halus
Cili padi 8 biji, kisar halus
Buah keras 6 biji, kisar halus
Serai 3 batang, kisar halus
Lengkuas 2 cm, kisar halus
Daun limau purut 2 helai, kisar halus
Daun ketumbar 3 tangkai/urat, kisar halus
nota: sume yang kisar halus tu, sekalikan je dalam satu blender, mengikut kefahaman aku lah;)
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisarkan sampai wangi dengan api yang sederhana.
2. Masukkan santan dan ayam bersama asam keping serta garam dan gula sedikit, dididih selama 30minit sehingga ayam empuk.
3. Masukkan nenas dan daun kesom.
selamat berpuasa kak Wattie sayang..nk lauk tu sikit buat sahur nanti!
ReplyDeleteAssalam kak wattie..selamat berpuasa ya wat akak n family,moga ibadah kita kali ini diterima n beroleh keberkatan..
ReplyDeleteSedap nmpk lauk ayam akak tuh..leh amk rcp utk bln posa ni..