Thursday, July 19, 2012

Ayam Karlio Nenas Chef Wan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
Ayam karlio ni dah lama saya buat sebenarnya, baru hari ini berkesempatan untuk meletakkan dalam n3. N3 ni pun n3 autopublish yer.
Resepi saya ambil dari SINI. Terimakasih kerana sudi berkongsi resepi istimewa ini. 

Ayam Karlio Nenas Chef Wan 

Bahan-bahan 
Minyak sayur 60ml 
Santan 1 biji 
Ayam 1ekor, dibelah empat 
Asam keping/gelugur 4 keping 
Gula secukup rasa 
Nenas masak 1/2 biji, dipotong lebar-lebar 
Daun kesom 4 sudu besar, dicincang halus  (yg ni sy tak letak sbb takder)
Cili merah 10 biji, kisar halus 
Cili padi 8 biji, kisar halus 
Buah keras 6 biji, kisar halus 
Serai 3 batang, kisar halus 
Lengkuas 2 cm, kisar halus 
Daun limau purut 2 helai, kisar halus 
Daun ketumbar 3 tangkai/urat, kisar halus 
nota: sume yang kisar halus tu, sekalikan je dalam satu blender, mengikut kefahaman aku lah;)


Cara-cara: 
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisarkan sampai wangi dengan api yang sederhana. 
2. Masukkan santan dan ayam bersama asam keping serta garam dan gula sedikit, dididih selama 30minit sehingga ayam empuk. 
3. Masukkan nenas dan daun kesom. 
4. Masak selama 15minit lagi sehingga kuahnya pekat.
Ayam ni memang sangat sedap tapi mestilah dimasak sehingga agak pekat baru terasa segala rempah ratusnya.

2 comments:

  1. selamat berpuasa kak Wattie sayang..nk lauk tu sikit buat sahur nanti!

    ReplyDelete
  2. Assalam kak wattie..selamat berpuasa ya wat akak n family,moga ibadah kita kali ini diterima n beroleh keberkatan..
    Sedap nmpk lauk ayam akak tuh..leh amk rcp utk bln posa ni..

    ReplyDelete