Akhirnya tercapai juga hasrat hatiku untuk menghasilkan kek pelangi ini...... Buat kek ini sempena hari lahir anakku yang sulung pada bulan Mac yang lepas. Buat hanya untuk makan makan sekeluarga. Jom kita tengok cara cara buatnya.......layannnnn.....
Resepi kek pelangi kali ni ni saya ambil dari rumah Rahel. Mula mula tu nak cuba versi Martha Stewart, tapi bila melihatkan kuantiti gulanya yang terlalu tinggi, terbatal sekejap hasrat di hati. Jadi, saya cuba versi yg ini dulu.
Rainbow Cake/Kek Pelangi
Sumber : Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria
Bahan:
250g mentega
220g tepung kek}
1 sudu teh serbuk penaik},diayak (A)
200g gula kastor
4 biji telur gred A
5 sudu makan air susu
1 sudu teh esen vanila pewarna (yang ni korang pandai2lah letak pewarna)
Cara:
1.Griskan acuan bulat 6".Lapiskan dengan kertas serap minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 170"C.
2.Pukul mentega dan gula kastor dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan putih.
3.Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.
4.Masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu dan esen vanila.Gaul hingga rata.
5.Bahagi adunan kepada 7 bahagian.Warnakan.
6.Bakar adunan selapis demi selapis selama 20 minit pada suhu 170'C.
7.Setelah kek masak,biarkan sejuk baru hias dengan krim mentega.
Sapukan juga buttercream di seluruh kek dan hiaslah ikut kreativiti masing masing. Saya sapukan salutan buttercream yang nipis sahaaja dan deco pula menggunakan piping gel yang diwarnakan. Buat ringkas saja sebab sendiri yang nak makan...
Krim Mentega
Sumber:Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria
Bahan:
150g mentega
350g krimwell
180g sirap gula/susu krimer manis
3 sudu makan gula aising
Cara:
1.Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.
2.Masukkan sirap gula/susu krimer manis dan gula aising.
3.Pukul lagi hingga sebati.Siap untuk digunakan.
Lepas posing mana mana yang patut, potongler kek tu untuk disantap. Maka terhasillah corak pelangi.....
Jom kita lihat pula teksturnya dengan lebih dekat.......zoooommmmmm.....
Sumber : Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria
Bahan:
250g mentega
220g tepung kek}
1 sudu teh serbuk penaik},diayak (A)
200g gula kastor
4 biji telur gred A
5 sudu makan air susu
1 sudu teh esen vanila pewarna (yang ni korang pandai2lah letak pewarna)
Cara:
1.Griskan acuan bulat 6".Lapiskan dengan kertas serap minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 170"C.
2.Pukul mentega dan gula kastor dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan putih.
3.Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.
4.Masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu dan esen vanila.Gaul hingga rata.
5.Bahagi adunan kepada 7 bahagian.Warnakan.
6.Bakar adunan selapis demi selapis selama 20 minit pada suhu 170'C.
7.Setelah kek masak,biarkan sejuk baru hias dengan krim mentega.
Krim Mentega
Sumber:Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria
Bahan:
150g mentega
350g krimwell
180g sirap gula/susu krimer manis
3 sudu makan gula aising
Cara:
1.Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.
2.Masukkan sirap gula/susu krimer manis dan gula aising.
3.Pukul lagi hingga sebati.Siap untuk digunakan.
cantik kejadian kek rainbow tu...setiap lapisan kek tu pon nmpk sekata saiznya...
ReplyDeleteAssalamualaikum Wattie,
ReplyDeletecantiknya kek pelangi tu...nanti birthday kita boleh lah
suruh wattie buatkan ya?? Selamat hari jadi buat anak Wattie moga menjadi anak yg beriman dan membanggakan ibubapa.
salam..
ReplyDeleteramai dah buat kek ni.bilalah giliran saya lak.tinggi jadi keknya ya..
Assalam kak,wah kek hasil air tangan tokey mestilah cun jer hasilnyer..Mmg nmpak kemas jer lapisan tuh..Hepi besday ya utk ank akak..Moga mmbesar mnjadi ank yg baik n tercapai segala cita2..
ReplyDeleteAssalamualaikum Watie,
ReplyDeletetingginya... memang pelangi tu kedudukannya tinggi...jadi keknya pun kena buat tingig2 ye Watiie... he hehehh
kek pelangi memang tinggi kan kak.. mmg gebu la kek nye. simpan resepi ..ntah bila nak datang pelangi ke rumah saya ni kak. ehhe
ReplyDeleteSalam Kak Watie.Wahhh rajin tul akak kita ni melapis..berwarna warni gitewwwww
ReplyDeletesalam kak wattie.. rajinnyer. tun duk pikir2 nk buat tp terbantut sbb malas nk bakar 7 kali kek tu. huhu
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak Wati
ReplyDeleteLawa kek.. kat rumah saya jer yang belum terbit pelangi ni.. nk kena beli loyang bersesuaian dulu...harijadi saya minggu depan ni boleh la buat kot...hehehe
cantiknya! takde loyang yg sesuai, teringin jugak nak buat. nak bkr byk kali mcm tak je. hehe...
ReplyDeleteSalam... wahh kek ni memang cantik! rata1 kawan2 blogger yang cuba semua buat memang menawan kalbu.. taklah susah rupanya yaa..nanti nak cuba.... tapi nak rasa dulu sepotong boleh tak?
ReplyDeletehoho..siap baring terlentang lagik pelangi tuh..ngancam betol..
ReplyDeletesy pon buat kek rainbow ni pakai butter kek biasa..tak cuba lagi resepi pakai putih telur je tu...syokkan tgk kaler dia cantik
ReplyDeleteAdeiii..silau mata gue tengok kek pelangi...tingginya...
ReplyDeletecantikkkks
ReplyDeletekena ada 6 loyang yang sama saiz lah kan wattie
SALAM kak watieee .wahh meletup rainbow kek ..kalah KLCC hihih.. bila la wani nak buat
ReplyDeletewahh tingginya kak..kenyang ni dpt seketul.hehehhe
ReplyDeleteAssalam kak wattie,
ReplyDeletewah cantiknya kek pelangi ni..kita dah lama dah aim nak buat,
tapi kena tunggu birthday somebody baru boleh..ingat nak buat time my gilr's birthday tapi bulan july nanti ..lama lagi tu..
Kak Wattie, kita nak ucapkan berbanyak terimaksih for the support selama kita berblogging ni..lagi2 time hari tu rasa betul2 down..terimaksih for being my friend ya kak..rasa terharu sanagt2..
Oops terlupa happy belated birthday buat anak sulung kak wattie tu ya..semuga dipanajangkan usia dimurahkan rezeki dan berjaya didunia & akhirat insyallah..amin..
ReplyDelete