Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Taman Pauh Jaya Seberang Perai Pulau Pinang
Monday, April 2, 2012
Heavenly Lemonade Honey Chicken
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Dah nampak title n3 saya untuk hari ni kat atas tu??? hehehe, title tu kita saja memandai pi tukar nak bagi glamer sikit hehehe, jangan mare ya Mamak, lagipun Mamak dah bagi greenlightkan... Title tu sebenarnya nak menggambarkan betapa enaknya resepi ayam lemon madu Mamak.
Resepi ayam ni memang ssngat sedap, cuma saya tak letak pati oren sunkist sebab takder stok, kalau diletakkan mesti rasanya lagi sedap. Pewarna pula saya gunakan pewarna oren cecair biskut/kek, tak taula jadi ker tidak, tapi begitulah kejadiannya. Baru saya tahu rupanya resepi ayam nasi kandar meletakkan pewarna, patutla warna ayamnya nampak cantik dan berseri seri.
Seperti biasa, resepi ini saya skodeng dari dapur nasi kandar MamakHaji. Banyak resepi Mamak yang telah saya cuba dan alhamdulillah, hasilnya belum pernah mengecewakan saya sekeluarga. Terimakasih banyak ya Mamak, jasamu dikenang.
RESEPI AYAM MASAK LEMON BERMADU
BAHAN-BAHAN:
8-10 ketul ayam. (kalau nasi kandar jangan lupa saiz ketul ayam. Berat ayam perlu 1.6-1.8kg dan dipotong 10 bahagian. Ini bermakna, 2 peha, 2 atas peha, 2 dada, 2 dari belakang dan 2 kepak. Kalau saiz ketul ayam kecil, ia bukan masakan nasi kandar tapi masakan tom yam. Bila anda membeli ayam di pasar beritahu peniaga ayam, potong sepuluh nasi kandar sekiranya di Pulau Pinang. Di negeri lain beritahu potong sepuluh peniaga akan faham. Masa dulu potong 12 boleh tapi sekarang ini berat ayam dikira kepala, kaki dan isi perut, maka tak jadi kalau potong 12. Bersihkan. Peramkan dengan serbuk kunyit dan garam untuk digoreng.
2 sudu besar (tbsp) serbuk cili.
1 sudu kecil (tsp) serbuk jintan putih.
1 sudu kecil (tsp) serbuk jintan manis.
1/2 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit.
1/2 sudu kecil (tsp) serbuk lada hitam.
3 biji bawang sederhana besar (dikisar dengan satu cawan air).
2 biji bawang sederhana besar dihiris halus memanjang. (hiris bawang ada 3 jenis: 1. Melintang 2. Memanjang 3. potong dadu. Masakan nasi kandar biasanya dihiris memanjang dari atas kebawah supaya bila digoreng ia tidak berpisah dari kelopak).
2 sudu besar pes halia bawang putih.
3 kuntum bunga lawang, 5 biji buah pelaga, 5 biji cengkih dan 2 keping kayu manis 1 inci.
1/2 sudu kecil garam masala ( tak dimestikan, sekiranya ada).
3 sudu besar pati oren atau sunkist.
1 biji lemon. (1/2 buat air perahan dan 1/2 lagi untuk hiasan).
daun pandan (dipotong panjang 3 inci – 2 helai).
1/4 sudu kecil pewarna “merah oren”.
6 sudu besar gula pasir.
Garam secukup rasa.
Madu untuk glazing (mengilatkan).
CARA MEMASAK:
1. Daging Ayam yang telah peram (selama 15 minit) digoreng dengan minyak masak dengan 3/4 masak. Jangan garingkan sangat, nanti isi ayam terlalu liat. Di tepikan.
2. Panaskan kuali, masukkan minyak masak 3 sudu besar, bila minyak panas, masukan rempah 4 serangkai (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih), masukkan daun pandan, masukkan bawang dihiris sehingga bawang bertukar warna kepada kuning keemasan.
3. Sederhanakan api dapur, masukan pes halia bawang putih, diikuti serbuk cili, serbuk jintan putih dan jintan manis. Bila haruman menusuk hidung, masukkan air kisaran bawang. Sekiranya ingin berkuah tambahkan air. Besrakan api dapur. Biar bawang kisaran masak bersama dengan rempah-rempah. Sekiranya air bawang ini tidak masak secukup, bila hidangan yang siap masak dihidangkan kuah anda akan berbuih seperti basi. Ia sama seperti anda masak lain-lain hidangan nasi kandar menggunakan air bawang sebagai kuah, air bawang perlu masak secukup. Inilah rahsia masakan nasi kandar yang menggunakan air bawang sebagai kuah. Masakan Cina gunakan tepung jagung sebagai pemekat kuah tetapi nasi kandar gunakan air bawang sebagai pemekat kuah pekat dan masakan Indonesia pula menggunakan buah keras sebagai pemekat kuah. Masakan Melayu pula gunakan kerisik sebagai pemekat kuah. Lain padang lain belalang, lain orang lain ragam..hahaha!.
4. Bila kuah sedang mendidih masukkan ketulan ayam yang telah goreng masak 3/4. Masukkan gula. Kecilkan api bila kuah mula pekat.
5. Masukan pewarna merah oren (Orange Red) bukan pewarna kuning telur. Masakan Nasi kandar gunakan pewarna ini. Ia berbentuk serbuk dan sebotol cuma harganya RM2.00. Goreng ayam berempah mamak atau nasi tomato, atau kuah rojak, kuah passembur, inilah pewarnanya. Masak ayam sehingga masak keseluruhannya. Bagaimana anda tentukan ayam anda telah masak sempurna. Bahagian ayam yang lamabat masak ialah peha ayam. Bila peha ayam masak, setkin kakinya nak atas atau berlubang pada urat bahagian bawah menunjukan ayam anda telah masak sempurna. Matikan api dapur. Masukan perahan air lemon dan air pati oren atau sunkist untuk mendapatkan wangian semula jadi.
6. Keluarkan ayam dan hidangkan di atas pingan hidangan. Tuangkan madu dengan mengggunakan sudu atau brus ke atas permukaan ketulan ayam (glazing). Selamat mencuba. e-mail mamak haji: mohd.roslan99@gmail.com.
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera...
Labels:
Chicken,
Masakan Nasi Kandar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aduhaii...sedapnya...
ReplyDeletemmg nmpk myelerakan la...sedapnya
ReplyDeleteAssalam kak Wattie, memang menyelerakan ni...resepi mamakHaji memang best kan..nanti saya nak terai yg ni pula:)
ReplyDeletesalam kak wattie..tgk berkilat ayam tu pon dh tau sedap...sy suka bc citer mamak..telus dn menambah pengetahuan pasai masak2 ni.
ReplyDeleteHebatnya resepi mamak haji! Memang sungguh menggoda selera! Tak rugi datang dari jauh untuk menjamu selera di sini...ooo Wattie, nak angkut resepi yang panjang berjela tu ke Lahad Datu....naik treler..ha ha hahah
ReplyDeleteKak wattie... mmg heavenly kalau dapat lauk ni... Sangat menggiurkan.. Lapor..lapor...
ReplyDelete