Sunday, October 30, 2011

Trifle Muhibbah


Salam dan selamat berhujung minggu semua,

Macamana cuaca kat tempat teman teman semua??? Kat tempat saya hari hari hujan. Masa saya tengah mengadap lappy ni saat ni, hujan lebat sangat, angin pun kencang betul, kata anak saya semalam kat beberapa tempat ada pokok besar tumbang dan ada juga bumbung gerai yang terbang. Harap harap tak adala kemalangan jiwa ataupun kejadian kejadian yang tak diingini berlaku ya, insyaAllah.

Jom kita tengok resepi saya hari ni. Pasai apa nama Trifle Muhibbah pulak ni??? Sebenarnya tak tau nak namakan trifle yg saya buat ini, sebab keknya kek oren, kastadnya kastad strawberry, taburannya choc rice dan badam panggang, semua ada, all in one trifle la ni. Mula tu nak letak nama Trifle Oren, tp ada pula rasa strawberry, lepaih tu ingat nak letak Trifle Strawberry, laaaa tp ada pulak sikit sikit rasa coklat, Trifle Coklat Rice pun leh jugak, ishhh rasa cam tak kena pulak. Last last, letak Trifle Muhibbah senang cerita, ok la tu agaknya kan.

Dah pernah cuba buat trifle ni tak lama dulu. Buat trifle ni pun kerana ada lebihan kek oren yang dibuat beberapa hari lepas. Saya letakkan 3 sb strawberry filling ke dalam adunan kastad sebagai menggantikan coklat. Hiasannya pula saya letakkan apa yang ada di dapur saya. Kombinasi yang tak kurang enaknya.


Resepinya boleh di lihat di SINI ya. Terimakasih kepada tuanpunya resepi.

11 comments:

  1. waaa..memang muhibbah ni..hehe..cantik lak tu..

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap...suka sangat dengar suara hujan sambil baking kat dapo..tenang je rasanya.

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Wattie, kat SP pun hujan lebat sgt.
    Fuuh, mmg menggoda. Kreatif betul Kak Wattie.

    ReplyDelete
  4. nyum sedapnya tiba2 mengidam..nampaknya kena belajar buat sendiri ni...

    ReplyDelete
  5. kak wattie..dia bila muhibah tu lagi sedap rasanya kak..hehehhe..saya pun sekarang ni suka buat kek perasa muhibah....best la pulak rasanya...:)

    ReplyDelete
  6. Aslmkum k.Wattie..

    triffle muhibah...nampak sedapnya...

    ReplyDelete
  7. Salam Wattie,

    Kat rumah Kak Ros pun hari hari hujan jugak,perut ni pun asyik lapar ja..tengok pulak kek Wattie yang berwarna warni ni, aduh......

    ReplyDelete
  8. Assalam kak wattie,alahai nmpak sedap sungguh triffle muhibah akak nih,kale pon sweet ajer..Nasi kat bawah pon nmpak sodap kak..Baru dpt bw kak,baru bek demam kak oi..

    ReplyDelete
  9. sedapppnyaaaaaaa..:D

    boleh try buat ni..

    ~~bblogwalking here..:)

    ReplyDelete
  10. Assalam kak wattie,
    banyak betul recipe2 akak kita tertinggal ni..
    nak kena scroll pelan2 ..semuanya sedap2 weh!!!..tak tahu dah nak start dari mana ni..huhu..triffle pun nampak sedap kak oiiii!!

    ReplyDelete