Thursday, October 20, 2011

Kuih Batang Buruk

Salam jumaat untuk semua,

Dah nampak gambaq kat ataih tu? Mesti semua dah tahu kuih apakan? Kuih batang buruk nama diberi, mungkin disebabkan oleh rupanya yang seakan akan kayu yang diselaputi habuk habuk halus. Kuih batang buruk ni agak popular di seluruh Malaysia, dimana mana sahaja boleh didapati, tak perlu menunggu musim perayaan, hari hari pun ada dijual. Cuma kadangkala tu, kalau nasib tak menyebelahi kita, kena stok lama, rasa pun faham fahamlah ya. Dulu dulu masa mula mula dengar nama kuih ni nak tergelak pun ada, maklum namanya agak lucu sedikit. Nak tau camana buat kuih ni? Jangan tanya saya, kuih kat atas tu bukan saya yang buat, orang lain yang buat, saya jadi tukang makan aja, hahahaha. Yang ni kuih masa raya puasa hari tu, kawan hubby hadiahkan satu hamper, dalam tu semua kuih muih tradisional, yahooooo.....gembiranya hati ni sebab kita tak pernah buat kuih kuih tradisional cam ni.


Kuih ni kita sorang jer yang perabih satu balang kecik sebab anak anak dan hubby semua tak suka, habih tu sapa lagi nak makan kan, kitala jugak yang kena jadi tong buruk....... Sambil duduk mengadap tv mulut ni tak rentila dok mengunyah kuih ni, rangup dan sedap sungguh rasanya. Heran saya, kenapala orang zaman sekarang kurang meminati kuih tradisional seperti ini.

Walaupun saya tak buat kuih ni, tapi saya buat juga carian resepinya, byk versi yang diperolehi, Melihatkan bahan bahan dari resepi yang kat bawah ni, mungkin ianya menepati rasa kuih sepertimana yang saya makan . Buatnya pun nampak mudah sangat, jadi saya perpanjangkan resepinya yang saya perolehi dari SINIi buat rujukan di masa hadapan. Terimakasih bebanyak diucapkan kepada tuanpunya resepi. Mungkin anda juga boleh mencuba untuk hidangan raya haji yang bakal menjelang tak lama lagi.

Kuih Batang Buruk

Bahan-bahan:
kulit popia 1 bungkus
2 sudu besar gula
4 sudu besar nestum (yg sy mkn takder nestum, mungkin leh ganti ngan kacang hijau)
6 sudu besar susu tepung (milk powder)

Cara-cara:

potong 4 atau 3 setiap sekeping kulit popia
gulung gunakan straw atau chopstick (yang orang cina guna untuk makan), boleh juga gulung pakai tangan.
goreng kulit popia yang telah digulung sehingga kekuningan, jangan sampai hangus
biar sejuk
kisar nestum, gula dan susu tepung tadi
gaulkan popia oreng dengan bahan yang dikisar tadi. Siap untuk dihidang
hhmm sangat senang...dan berbaloi. suka buat hidangan ini, tidak perlu banyak bahan dan tenaga. paling penting ...penyediaanya tidak rumit


9 comments:

  1. kak watie...mas suka sangat kuih batang buruk...
    bukan kuih tu serbuknya guna kacang hijau ke..
    klu resepi yg ni..rasanya macam mana kak..
    ada lebih kurang mcm yg kacang hijau tu ke..

    ReplyDelete
  2. Kak Wattie,mula2 igt akak wat,hihi..akak kalo jns nih sy pernah wat,tapi panggei popia nestum ajer kak..

    ReplyDelete
  3. Kak cek suka makan ...tapi tak penah buat pun..he he:D

    ReplyDelete
  4. SALAM KAK WATIE..

    KUIH BATANG BURUK NEh memang favorite wani.. tapi silap raya bulan lepas langsung x beli pun kuih ni... huhu.. x pernah buat sendiri.. tukang makan ada la hihi ...alahai kasihan akak sorang je yang minat nak makan ..

    ReplyDelete
  5. ehh?? versi moden ye guna kulit popia?
    tun suka makan kuih batang buruk niii ^^ tp x pernah buat sendiri. hihi

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Watie,
    saya pun suka sangat kuih batang buruk ni. buruk buruk pun sedap. hehehe... cuma tak reti nak buat, beli ajelah kalau teringin :)

    Ijan

    ReplyDelete
  7. saya kalau raya mesti carik kuih ni...sebab memang suka..suka kalau inti kacang hijau....sedapnya....rasa nak p beli je rasanya lepas tengok gambar akak ni...hehhehe

    ReplyDelete
  8. Issnita,
    Kueh ni akak tukang makan jer, orang lain yg buat

    Mas,
    Terlupa nak tulis yg akak makan ni pun guna kacang hijau jugak

    Zalidana,
    Rajinnya Dana menggulung

    Rahel,
    Setuju tu Rahel

    Cik Cek,
    Sama la kita, klu mkn laju aja

    Wani,
    Wsalam. Tak sangka ramai gak yg suka kueh ni yer

    Tun,
    Ramai yang suka makan saja, tp tak suka buat kan

    Ijan,
    Betul tu Ijan, biar rupa buruk asal rasanya sedap

    Quinnie,
    Akak pun suka jugak Q, klu terasa nak makan bila2 pun boleh dapat

    ReplyDelete