Friday, September 16, 2011

Rendang Daging Lebaran & Ketupat Daun Palas


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,
Selamat bercuti semua ya. Mesti ada yang baru balik dari rumah terbuka. Bersempena dengan cuti Hari Malaysia ni ramai yang mengambil kesempatan untuk mengadakan rumah terbukakan. Saya pun tak ketinggalan menghadiri rumah terbuka jiran. Ada dua jamuan aidilfitri hari ni, tp saya pergi satu aja, hubby dan anak-anak pergi dua dua.

Hari ni nak letak gambar ketupat dan rendang yang saya buat masa hari raya pertama dulu. Rasa macam lama sangat saya tak letak n3 resepikan, nanti boring pulak orang asyik menengok gambar2 raya aja. Agak-agak ada tak yang rindu kat resepi dari blog saya??? heheheh..... perasan pulak kita ni.....padahal resepi semua cilok cilok belaka.

Ni la rupa rendang yang saya buat tu. Amacam, mengancam tak??? Nak resepinya??? Klik kat SINI. Asal resepi ni rendang ayam, tapi macam biasala kan, mesti saya nak menderhaka juga, saya gantikan ayam dengan daging, fuhhhhh....best giler....memang sedap sungguh, hingga menjilat jari tau....tak percaya, cuba buat. Tapikan....kalo korang buat tak jadi sedap macam yang saya buat atau tuanpunya resepi buat, janganla korang marah kat kami pulak ya. Resepi ni sebenarnya ikut kemahiran kita juga untuk membuatnya, terkadang tu bila terkurang rasa kat mana mana, pandai pandai la kita adjust bagi sedap atau secukup rasa, jangan pakai ikut jer resepi tu 101 percent.
Sejujurnya, saya selalunya tak berapa ikut resepi asal yang diberikan, saya cuma lihat bahan2 asas yang perlu ada, selebihnya, pandai2la tangan ini untuk menjadikannya mengikut selera saya dan keluarga.

Ketupat daun palas atau juga dipanggil ketupat pulut merupakan hidangan tradisi penduduk utara Semenanjung. Bagi saya sekeluarga, ketupat daun palas merupakan hidangan wajib yang mesti disediakan setiapkali menjelangnya lebaran. Hidangan ini selalunya saya gandingkan dengan rendang daging ataupun ayam. Cara memasaknya boleh dilakukan samada secara rebus ataupun kukus.

Daun yang hijau ni tandanya baru selesai dibalut. Amacam?? ada rupa ketupat jantan tak? atau ketupat betina? heheheh..... ni cuma istilah orang dulu dulu agar ketupat yang disediakan kemas dan kelihatan cantik.

Haaa.....yang ni baru perfect....siap untuk dimakan.


Untuk resepinya, saya ambil dari Mesra.Net. Terimakasih ya.

KETUPAT DAUN PALAS
Sumber: Majalah Wanita Januari 2000

Bahan-Bahan:
1 gantang beras pulut
4 biji kelapa atau 3 kg santan
½ kg kacang mentah 3 jantung jagung (jika mahu) (yg ni saya tak letak)
(saya tambahkan sedikit gula)

Daun palas secukupnya

Cara:
Basuh beras pulut bersih-bersih dan tuskan.

Perahkan kelapa dan ambil santan pekatnya.

Setelah itu, masukkan santan ke dalam periuk dan sedikit garam, kacau sampai mendidih.

Masukkan pulut dan kacau sehingga sebati dan menjadi setengah masak.

Angkat dan biarkan selama 15 minit sehingga sejuk.

Kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam daun palas dan dianyam sehingga menjadi bentuk tiga segi.

Rebus ketupat daun palas yang sudah dianyam di dalam periuk yang telah diisi air pada paras separuh periuk dan rebus sehingga airnya kering. (Sy kukus selama 1 jam)

Jika hendak memasukkan kacang atau jagung, hendaklah direbus terlebih dahulu bahan-bahan tersebut. Apabila pulut hampir setengah masak, masukkan kacang atau jagung tadi, kemudian kacau sampai sebati.

Bolehlah dihidangkan dan enak dimakan bersama rendang atau kari daging pekat.

Selamat menjamu selera.

7 comments:

  1. Masa hari raya hari tu tak puas rasanya mkn ketupat dan rendang sbb byk sgt mknan lain yg dimkn. Sekrg ni bila tgk ketupat dan rendang kak wattie, terus terliur. Kalau pi open house pun jarang jumpa ketupat, selalu yg ada cuma lemang dan nasi impit.
    Jgn lupakan Kaz tau kak Wattie kalau Kak Wattie buat open house, hehe.

    ReplyDelete
  2. kak wattie nak ketupat huwaaa tahun ni mmg tak buat n makan sangat ingat nak buat jugak tpkan M ya amat ni aci dak tunggu kat bridge nnti kami sampai hehehe

    ReplyDelete
  3. Assallamualaikum kak Wattie..
    Pandai akak buat ketupat daun palas ni.. Kalau Naz mmg tak reti dan tak pernah lah buat...hehehe

    ReplyDelete
  4. lama betul x mkn ketupat ni..padankan dgn rendang yg sedap tu..pergh! :)

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Wattie...Kat Pantai Timur juga ketupat palas adalah kemestian..Cuma bezanya kami tak buh kacang/jagung...

    ReplyDelete
  6. Kaz,
    Kesian kat Kaz, akak pun cuma buat hari pertama aja, next day tu buat soto pulak. Rumah akak ni sentiasa terbuka, tak payah tunggu open house, bila2 masa boleh mai, hehehe....sebenarnya akak tak pernah pun buat open house....hehehe

    Kasihredha,
    Hehehehe, terimakasiha kak, lap u.

    Chik Mimi,
    Sat Mimi, akak nak pi cari daun palas, nak balut lagi....

    Naz,
    Wsalam. BIla selalu tengok arwah ibu buat dulu, tetiba kita pun jadi tahu membuatnya, syukur alhamdulillah.

    Deliah,
    Best giler ni Del..

    Sue,
    Wsalam. Akak pun tak letak kacang, takut cepat basi..

    ReplyDelete