Sunday, September 25, 2011

Sotong Masala Nasi Kandar


Salam isnin buat semua,

Hari ni jom layan n3 yang dah lama dok bertapa dalam waiting list saya. Tak ingat dah bila buatnya, tapi alhamdulillah nama tuanpunya resepi masih segar dalam ingatan saya.

Pertama kali saya terjumpa website Mamak Haji sewaktu mencari resepi resepi dari restoren nasi kandar, hati ini sungguh tertarik untuk terus mengikuti perkembangannya. Oppss...jangan salah faham ya, saya tertarik pada tujuan website itu diwujudkan, untuk membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan katering ataupun yang sewaktu dengannya. Ishhh....takderla nak bukak restoren nasi kandaq pulak ya, sekadar ingin mencuba resepi2nya sahaja.

Website Mamakhaji banyak memberikan tips tips berguna disamping pelbagai resepi menarik dari restoren nasi kandar yang dikongsikan bersama. Sebagai seorang penggemar masakan dari restoren nasi kandar, banyak resepi2 dari web MamakHaji yang telah saya cuba, cuma menanti untuk dipostkan aja. Untuk Mamak Haji, terimakasih bebanyak diucapkan kerana sudi berkongsi resepi menarik dan sedap ini, banyak yang saya pelajari melalui laman web Mamak. Jadi, apa ditunggu lagi, jom kita ramai2 terjah web Mamak Haji untuk mengetahui rahsia perniagaan nasi kandar di Pulau Pinang, negeri kelahiranku.........

Untuk hari ni layan dulu salah satu resepi yang telah saya cuba.

RESEPI SOTONG MASAK MASALA (KARI PEKAT) NASI KANDAR.

BAHAN-BAHAN:

1 kg Sotong putih (sarat telur).
100 gm rempah serbuk kari jenis daging/ayam. ( 1/2 bungkusan 250gm serbuk kari).
1 biji bawang besar labu (sedang) dihiris. (hirisan bawang untuk masakan resepi nasi kandar perlu di potong menegak bawang atau memanjang).
2 biji bawang labu (sedang) di kisar.
Pes bawang putih dan Halia. Pes ini penting dalam masakan nasi kandar.
1 tsp serbuk jintan putih, 1 tsp serbuk jintan manis, tsp serbuk kas-kas (tidak kemestian)
1 tsp serbuk cili (tidak kemestian cuma sekiranya ingin lebih pedas, warna kari anda juga boleh bertukar kemerahan yang cantik).
1 tsp gula pasir.
kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga (ini digelar garam masala).
2 ranting daun kari.
3 cili merah dibelah dua memanjang.
Daun bawang dipotong 2 inci.
75 gm santan pekat atau (4 tbsp yogurt atau 1/2 tin susu cair).
Minyak Masak untuk tumis dan Garam secukup.


CARA-CARA:

Bila kuali panas masukkan minyak masak. Bila minyak panas, tumis rempah garam masala ( 4 serangkai). Bila bau haruman naik, masukkan bawang hirisan dan cili merah. Agak hirisan bawang mula bertukar warna keemasan, masukkan pes bawang putih dan halia dan daun kari. Bila mengeluarkan bau haruman(jangan sampai hangus!), masukkan air bawang kisar. (air bawang kisaran adalah cara masak lauk nasi kandar supaya kuahnya pekat dan tidak ada lapisan air terapung di atas kuah kari bila ia sejuk.).

Bila air bawang mula mendidih (sekiranya anda masak tak tumis betul bawang kuah anda akan berbuih seperti basi apabila ia dihidangkan) masukkan serbuk kari, serbuk jintan putih, jintan manis dan kas-kas. Tambahkan air rebusan sotong yang telah ditapis. Kacau rata biarkan kuah mendidih dan menjadi pekat sedikit. Masukan santan pekat atau susu cair mengikut selera anda. Kuah jangan terlalu pekat semasa memasak kerana ila sejuk kuah akan semakin pekat. Tunggu hingga kuah mendidih. jangan terlalu didihkan kuah anda kerana kalau santan ia pecah minyak kalau susu ia akan bergentel.

Masukkan sotong yang telah rebus dan sehingga sotong itu masak 1/4 bahagian lagi. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukan hirisan daun bawang. Kacau serata. Sotong tak perlu masak terlalu lama. Sekiranya kuah anda pekat tambahkan air rebusan sotong. Pastikan kuah tidak terlalu cair. Mamak haji tidak dapat beri sukatan yang tepat mengenai kepekatan kuah ini. Ikutlah kepekatan kuah mengikut selera anda. Kalau anda tidak mahu rasa kari terlalu kuat kurangkan rempah kari. Hidangan ini biasanya untuk 12 orang. Selamat mencuba.


Mamak Haji

11 comments:

  1. Assalamualaikum Wattie,

    amboi patut lah dari jauh dh berbau nasi kandar yg sodap nie...ishh lagi2 lauk soton,febret kita tu...utk nur ada tk?? Tengah lapar nie tau.

    Wattie,apabila meluahkan isi rasa hati,nur tk tau berapa ramai kah yg marah pd Nur...tapi tak apa lah...itu hak kita untuk bersuara...rupanya ramai juga yg mengalami nasib yg sama seperti kita.

    ReplyDelete
  2. Wattieeee.....
    pengsan tengok gambar sotong tu....ya Allah, kuatkanlah imanku...sungguh menyelerakan!

    ReplyDelete
  3. kak wattie. tun baru tahu yg nasi kandar ada lauk sotong jugak ye..tun duk imagine nasi kandar ngan lauk ayam tandori.. hihi...

    ReplyDelete
  4. Aduduh Kak Wattie, rasa mcm sekrg juga nak pi cari restoren nasi kandaq. Sedap sungguh npk sotong tu, buatnya yg sarat dgn telur tu, tak ingat dah fasal kolesterol.
    Nanti bila2 rajin Kaz nak try. Makan dgn nasi panas2 mesti sedap kan.

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Wattie..bestnya..feberet yana ni klu p mkn kedai mamak..lain kali bleh bt sndiri..bleh mkn byk2..suka sgt dgn kuahnya yg pekat tuu hehee

    ReplyDelete
  6. sedaaapnya tgk sotong tu.... sangat2 menyelerakan ler...

    ReplyDelete
  7. sedapppppnya...

    akak akan ke Penang bulan nov ni InsyaAllah..
    berangan nak makan nasi kandar puas2...hihi

    ReplyDelete
  8. Nuridah,
    Wsalam Nur, kalaulah lauk tu ada lagi, tak tau la camana rupanya hehehee....

    Kadangkala lebih baik kita luahkan aja perasaan marah tu daripada menympannya di dalam hati, sekurang2nya kita merasa lega....

    Amie,
    Kelakar betulla Amie ni.....heheheh

    Tun,
    Nasi kandar pun ada bermacam macam lauk. sama macam lauk nasi melayu, cuma rasanya aja sedikit berbeza sebab terlebih rempah ratusnya...

    Kaz,
    Memang heaven ni Kaz.....heheheh...cepat buat lekaih nanti kempunan lak...

    Yana,
    Wsalam. Betul Yana, kalau buat sendiri boleh bertambah, memang sedap ni

    Diana,
    Akak pun dah kecur air liur lagi sekali....

    Kasihredha,
    Selamat datang ke Penang yer kak

    ReplyDelete