Tuesday, September 27, 2011

Ayam Masak Kicap Berempah Mamak Penang


Assalamualaikum semua,

Dah masak ker? Belum lagi?. Hahhhh,.....apakata cuba resepi yang sedap banget ni. Dah tiga atau empat kali saya buat resepi ni, rasanya, insyaAllah sangat sedap, tak rugi jika anda mencubanya. Seperti kata MamakHaji, resepi ini dibuat untuk kemesraan dan kerukunan rumah tangga. Jika dibuat dengan penuh keikhlasan dan rasa kasih ssyang, insyaAllah pasti akan menjadi satu hidangan yang dapat menambat hati sesiapa sahaja. Terimakasih diucapkan kepada MamakHaji kerana sudi berkongsi resepi istimewa ini. Izinkan saya untuk perpanjangkannya pula di sini.

AYAM MASAK KICAP BEREMPAH MAMAK PENANG.

Bahan:

1 ekor ayam (1.7kg – 1.6kg) dipotong 16 . Masukan serbuk kunyit 1 tsp dan garam 1 tsp. Gaulkan rata dan goreng sehingga separuh masak. Kalau gunakan ayam kampung tidak perlu digoreng kerana isi ayam kampung berkeadaan kental.

3 Biji bawang besar (dikisar halus). Kisaran 1:1 dengan air. Jangan terlalu cair. Tujuan bawang merah ialah untuk mendapatkan kuah. Sekiranya anda tidak mahu kuah anda boleh kurang jumlah bawang merah. Kegunaan bawang merah dalam masakan resipi nasi kandar adalah unik. Air bawang digunakan sebagai kuah. Dengan sebab inilah kuah lauk nasi kandar pekat likat.

Pes Bawang Putih dan Halia. Harap anda telah mahir dalam penyediaan pes bawang putih dan Halia ini. Untuk masakan ini, satu biji bawang putih dan 3 inci halia sudah memadai. Sekiranya anda telah sedia ada pes ini gunakan 2 tsp.

1 tsp serbuk lada hitam.

3 sudu besar kicap pekat. (kicap ini ada beberapa jenis seperti kicap cair, kicap manis lemak, kicap pekat mee dan juga kicap pekat karamel. Anda gunakan kicap Mee Yakin. Ia punyai rasa dan kemasinan yang moderate). Kehitaman masakan terpulang pada cita rasa anda. Kalu boleh kurang garam dalam masakan kerana ia akan memekatkan perederan darah dalam tubuh badan dan membantu kolestrol terbentuk.

1 sudu besar sos tiram.

1 sudu besar sos cili.

1 tsp air limau nipis.

1 tsp Jintan manis.

1 tsp Jintan Putih.

1/2 serbuk kas-kas ( dikecualikan).

1 sudu besar serbuk cili ( boleh kurangkan mengikut kepedasan anda ingin).

2 sudu besar rempah kari Daging.

3 kuntum bunga lawang, 1 inci kulit kayu manis, buah pelaga 3.

2 batang serai yang telah di ketuk.

Garam , Gula secukup rasa.

Bawang goreng ni pun saya goreng sendiri ya, lebih sedap, rangup dan cantik rupanya.

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak, masukkan kedalam minyak 2 batang serai, tumiskan bunga lawang, kayu manis danbuah pelaga. Apabila naik bau rempah masukkan pes bawang putih halia sehingga baunya naik. Segera masukan kisaran bawang merah sehingga baunya naik.

2. Masukan semua bahan-bahan seperti di atas dan biarkan kuahnya didih. Masukan ayam yang telah goreng separuh masak. Kecilkan api dan biarkan selama 10 minit – 15 minit di masak. Biasanya daging ayam yang telah masak boleh tentukan dengan bahagian peha ayam daging urat mula gelembong dan cuba putus dari tulangnya.

3. Rasa kemasinan. Kerana kicap dan sos tiram yang digunakan biasanya memepunyai kemasinan yang berlainan. Maka sukatan garam tidak dapat diberi dengan tepat. Sikiranya kurang masin tambahkan garam. Kalau anda terasa masin anda boleh gunakan gula atau serbuk perasa untuk mengurangkan kemasinan.

4. Tutup api dan masukan perahan air limau 1 tsp . Taburkan bawang goreng. Hidangan telah sedia. Kanak-kanak dalam bulan puasa ini amat gemarkan resepi ini. Untuk kanak-kanak pastikan minyak dan kepedasan perlu dikurangkan.

5. Apabila hidangkan gunakan tiga warna seperti warna oren – karot. Warna hijau – celery atau pun daun sup dan daun bawang/ daun pudina. merah – Cili Merah. Unggu – Hirisan bawang bulat. Selamat mencuba. * tsp – sudu teh dan sudu besar – table spoon.



Nota: Salam, Jangan terkejut resipi ini banyak menggunakan bahan-bahan. Bahan-bahan yang digunakan adalah pada kebiasaannya setiap dapur memiliki. Untuk resipi nasi kandar anda boleh mula mengumpul rempah-rempah dari kedai Rempah. Jangan membeli rempah ini yanhg terdapat dalam palstik yang rendah mutu. Ujian kesedapan masakan nasi kandar adalah apabila anda buka tuduk penutup …bau rempah mula mengharum dan akan menyelerakan sesiapa sahaja. Kalau kali pertama gagal..cuba lagi. Masakan yang di masak sendiri adalah masakan yang terbaik dan berkualiti disamping itu kita hadiahkan kepada ahli keluarga yang tersayang. Para suami juga boleh mencuba masak resepi – resepi ini untuk kemesraan rukun rumah tangga. Resipi mamak menggunakan kaedah pengalaman bukan sebagai catatan dalam buku resepi yang anda didapati di mana-mana. Mamak bukanlah seorang pakar mengarang resipi tetapi ingin berkongsi dengan anda dalam pengalaman masak. Tujuan blog ini bukanlah ingin mencari nama atau wang tetapi sekadar berkongsi Ilmu di antara insan. Wassalam.




13 comments:

  1. Assalamualaikum Wattie,

    Amboi sedapnya nampak lauk kicap ini,baru smlm hubby Nur pesan suruh msk kicap daging hari ini,tapi tak mau yg berkuah, nk yg pekat2...resepi yg ini kita masuk list dulu ya...lainkali boleh kita cuba.

    psstt: bila Nur bersuara begitu,dh ada yg sindir menyindir dn pandang serong pada kita...pd Nur important Allah tahu apa yg tersirar dihati kita.

    ReplyDelete
  2. Assalam kak wattie,mak aii sedapnyanmpk ayam nih,pekat ajer,nanti2 leh try,lauk mamak mesti da letak kas2 kan,mmg umppp..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikumm kak.. musim masakan ala mamak ye skrg. hihi.. mmg nmpk sedap bangat tuu..

    ReplyDelete
  4. ni yang selalu sakit ati datang umah Wattie ni.... baunya bukan main lagi dari jauh dah terhidu... sampai sini cuma pandang je...mencikk!

    ReplyDelete
  5. Salam kak wattie :0). Adeh.... Tergoda napsu mkn saya nengok gmbr makanan tuh.lapar perut n saya maseh kat bengkel lagi nih tukar tayar kereta. Saya kat penang skrg...dtg bercuti :0).

    ReplyDelete
  6. wadu wadu ... ayam masak kicap memang sedap ... tapi berempah nih yang nak kena cuba tu ... mintak seketui nak rasa dulu ....

    ReplyDelete
  7. salam kakwattie..saya pun tengah asyik duk ulang makan masak kicap ni je skang..hehhehe...tengah berkenan dgn daging masak kicap...aiseeyyy....tengok gambar akak ni teringin nak makan yg ayam la pulak..:)

    ReplyDelete
  8. Assalam kak wattie,
    waduh2 nampak sungguh menyelerakan lauk ayam ni kakkkk...ok dah print dah..the next ayam masak kicap nak try yang ni pulak..tapi kalau tak ada kas2 tu ok jugakan..

    ReplyDelete
  9. Assalam Kak wattie, salam rindu kak...lama tak singgah sini. lauk msk style mamak ni memang my fav..pernah belajar ngan MIL juga dulu lbh kurang sama.memang sedap...:)

    ReplyDelete
  10. Salam Kak Wattie...Wahhhh nampak sangat menarik ni...Mesti cuba...simpan resipi dulu...

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,
    Gambarnya pun dah nampak macam menyelerakan...pasti akan cuba bila ada masa. terima kasih kongsi resipi

    ReplyDelete
  12. assalamualaikummm kak watie ,..

    ketuk pintu rumah macam tak berjawab ke mana la kak watie menghilang hihi ... sedap betul ayam kicap ni ...kak watie ..wani ada nak bagi award ni sila ambil kat blog ya ... masuk link ni ...

    http://galeriduniaku.blogspot.com/2011/10/first-time-dapat-award-hihi.html

    ReplyDelete