Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Assalamualaikum dan salam lebaran buat semua,
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri buat semua rakan bloggers dan pengunjung2 WHM tak kiralah samada anda adalah pengunjung tegar, pengunjung senyap ataupun separa senyap. Maafkan saya zahir dan batin andainya terkasar bahasa, tersilap bicara, terburuk sangka, tersasul tak semena mena, tercuit atau tersakit hati sesiapa dan bermacam macam TERRR....yang tak disengajakan lagi .....sepanjang saya melayari blog ini, sesungguhnya saya hanya insan biasa yang tidak pernah sunyi dari melakukan kesilapan, tiada manusia yang sempurna kecuali DIA YANG MAHA ESA. Kepada yang saya terambil resepi di mana mana minta dihalalkan ya, hanya ALLAH sajalah yg dapat membalas segala jasabaik kalian. Semuga perkongsian ilmu di alam maya ini akan terus disemarakkan dan mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa.

Maafkan juga kerana agak lama menyepi di bulan Ramadhan ini kerana terpaksa menyiapkan sedikit tempahan sebelum deadline, hehehe.... Kepada yang masih sudi berkunjung ke sini dan bertanyakan khabar berita walaupun blog ini agak sepi, terimakasih bebanyak saya ucapkan di atas ingatan kalian semua terhadap saya dan blog yg tak sepertinya ini, insyaAllah saya akan membuat kunjungan balas jika waktu mengizinkan. Masih ada sedikit lagi tempahan yang perlu disiapkan, selepas ini barulah nak memulakan kerja kemas mengemas rumah pula.

Kepada yang akan pulang bercuti di kampung umtuk berhari raya, berhati hati di jalanraya ya, pandu cermat, jiwa selamat. Semuga kalian semua selamat pergi dan selamat kembali.

Akhirkata, terimalah kad ucapan yg saya titipkan khas buat kalin semua. Semuga hari raya tahun ini membawa seribu rahmat dan keberkatan bersamanya buat kita semua. AMIN........

9 comments:

  1. selamat hari raya aidilfitri jugak buat kak wattie sekeluarga...ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa...:)

    ReplyDelete
  2. salam aidilfitri...mohon maaf zahir & batin

    ReplyDelete
  3. Slmt Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat Wattie sekeluarga,maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  4. salam Aidilfitri buat akak & family..m,aaf zahir batin..

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya
    Maaf Zahir dan batin
    Dari
    Azlita Masam Manis

    ReplyDelete
  6. even though i do not understand your language..i am happy for your response regarding coconut milk.have a festive celebration..

    ReplyDelete
  7. kak wattie =0).
    vee dtg nak beraya ni ;0).
    selamat hari raya aidilfitri utk akak sekeluarga.
    maaf zahir & batin.
    jgn lupa update resipi sedap dari akak. I follow! =0).

    ReplyDelete
  8. Salam Aidilfitri buat Kak Wattie & family..
    Maaf zahir batin sekira ada silap bicara & gurau senda sepanjang perkenalan kita..kita ambik kad raya akak ni nak digantung dirumah kita pulak ya..

    ReplyDelete
  9. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN BUAT SEMUA YA...

    ReplyDelete