Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua,
Bertemu kita sekali di hari Isnin. Semuga hari ini lebih baik dari hari hari yang sebelumnya, insyaAllah.
Hari ni nak skip n3 masak masak yer, macam biasalah nak selangseilikan dengan kisah2 keluarga. Mari kita bersama sama menghayati kisah sedih si kucing Tuah.
Tanggal 24hb Januari 2012. Pagi itu, seperti biasa saya ke dapur untuk memulakan aktiviti masak memasak. Tiba tiba sayup kedengaran bunyi anak kucing mengiaw, semakin lama semakin kerap dan semakin kuat bunyi itu kedengaran. Hati ini tertanya tanya kucing siapakah itu? Perasaan ingin tahu membawa saya keluar melalui pintu dapur untuk mencari arah datangnya suara kucing tersebut.
Di belakang rumah, di celah celah rimbunan pokok pandan, di atas lantai simen, seekor anak kucing telah dilahirkan. Anak kucing yang masih bertali pusat dan beruri itu merangkak rangkak kesejukan sambil mengiaw giaw, kelaparan barangkali. Saya memandang ke kiri, lalu ke kanan, mencari cari di manakah ibunya, namun tidak kelihatan. Tiba tiba hati kecil ini terasa kasihan yang amat sangat. Anak kucing comel ini ditinggalkan ibu dan bapanya bersendirian setelah dilahirkan. Hampir hampir saja kucing itu jatuh ke dalam longkang. Saya mencari cari kotak yang sesuai buat meletakkan anak kucing tersebut. Mujur juga ada kotak limau mandarin pemberian kawan hubby sempena Tahun Baru Cina. Jadi, kotak itulah saya ambil dan setelah dialas dengan kain lampin terpakai anak, saya bawa ke belakang untuk meletakkan anak kucing tersebut. Anak anak saya AminFayyadh dan Zaheen tak habis2 mengekori saya ingin ikut serta membantu. Kebetulan hari itu Cuti sekolah sempena Tahun Baru Cina.
Setelah kucing diletakkan ke dalam kotak, saya terfikir pula cara untuk menyusukannya. Terlintas di fikiran ini untuk menggunakan plastik aiskrim sebagai botol susu. Saya masukkan susu ke dalamnya, potong sedikit di bucunya dan siap.......Lalu saya cuba menyuap ke dalam mulutnya. Mula mula kucing tersebut menolak, tapi lama kelamaan dia minum sepuas puasnya, gembiranya rasa hati kecil ini. AminFayyah juga cuba menyusu anak kucing tersebut. Alhamdulillah, setelah habis menyusu, dan diletakkan kembali ke dalam kotak, kucing tersebut diam sebentar. Bila ku belek2, rupa2nya dia tidur.
Anak anak siap berebut rebut nak menamakan kucing comel tersebut. AminFayyah nak letak nama Dragon Tuah, hahahah....katanya sebab tahun baru cina tahun ni tahun naga, jadi dia nak letak nama dragon kat depan. Yang si adik pulak, entah apa apa nama siri kartun yang terdapat dalam tv yang disebut2nya, kelakar aja kedengaran bunyinya. Last last sekali nama Tuah Si Comel menjadi pilihan semua.
Selepas beberapa jam tidur, Tuah menangis lagi, kali ni AminFayyadh mengambil giliran menyusukan. Maka, begitulah selanjutnya, setiap 2 jam AminFayyadh akan menyusukan Tuah. Tuah pun nampak semakin selesa dengan suasana baru dan ibubapa baru hehehe...
Suka sangat saya melihat wajah Tuah, comel sangat. Masa ni mata Tuah belum terbuka lagi. Bulunya pun masih basah basah lagi.
Selepas makan Tuah pasti akan tidur nyenyak. Aktiviti ini berlarutan sehingga ke malam. AminFayyadh nampaknya sungguh sayangkan Tuah, sekejap sekejab dibeleknya. Bila malam, Fayyadhlah yang bangun memberi susu kepada Tuah.
Keesokkan harinya..............
Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Taman Pauh Jaya Seberang Perai Pulau Pinang
Sunday, February 12, 2012
Thursday, February 9, 2012
Ayam Gajus Ala Nyonya
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Menu ayam memang tak lekang dari blog WattiesHomeMade. Resepi kali ini memang saya jamin sungguh sedap, sedap pada tekak sayalah ya. Nanti ada yang makan tapi tak sedap, janganla marah kat saya pulak ya, lain orang lain citarasanya ya dak.
Sejak kebelakangan ini, menu Cina Muslim menjadi pilihan sesuai dengan selera saya yang gemarkan kelainan di dalam masakan. Sebelum ini, saya selalu menyajikan hidangan India Muslim, jadi untuk famili tidak merasa bosan dengan resepi yang sama, saya mencuba pula resepi Cina Muslim. Kiranya seminggu dua ni demam masakan Cina Muslim la pulak, baru lengkap konsep 1 Malaysia di dalam hidangan hehehe......
Keenakkan dan kelainan resepi ni terletak pada bunga kantan yang diracik halus dan dimasak bersama, memang sedap sesangat. Nak tau macamana buatnya?. Jom, kita semak bahan bahan yang terkandung dalam resepi sempoi ini.
Resepi yang ditukil dari laman Mesra.Net ini adalah sumbangan Chef Hanz dari Kolej Komuniti Sg Petani. Terimakasih ya Chef kerana sudi berkongsi resepi yang sungguh istimewa ini. Izinkan saya untuk perpanjangkan pula di sini, mudah mudahan ianya bermanfaat buat semua.
Ayam Gajus Ala Nyonya
Kiriman: ChefHanz
Sumber: Kolej Komuniti Sungai Petani
Bahan-Bahan:
500gram isi ayam (potong dadu) - Saya potong 16, gaul garam dan kunyit dan goreng 1/2 masak
100gram kacang gajus - Saya letak lebih kurang 40gm jer ikut stok yg tinggal
5 ulas bawang kecil(kisar halus)
10 ulas bawang putih(kisar halus)
50 gram halia muda(rancik halus)
1 tangkai bunga kantan(rancik halus) - Saya letak 2 tangkai sbb bunganya agak kecil
3 helai daun limau
100gram cili kering(potong 3)
1 batang serai(kisar halus)
3 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar Seosoning sos Maggi
1 sudu kecil gula
daun bawang untuk hiasan
Note : Saya tambahkan 2 sb cili kisar bagi rasa yang lebih pedas.
Cara:
1.masukan semua bahan kisar dan rancik halus bersama sos tiram,sos seosoning dan sos cili.Tumis bahan2 ini sehingga berbau harum.
2.masukkan ayam,dan goreng ayam sehingga sebati dengan bahan2 tadi.
3.masukan kacang gajus dan cili kering kedalam kuali dan kacau bersama ayam.
4.apabila ayam masak sepenuhnya, masukan daun limau dan gula untuk menyedapkan lagi makanan.
5.Gunakan daun bawang sebagai hiasan.
Cadangan Hidangan:
Hidang masakan ini panas. Ia sesuai juga dimakan bersama nasi pada waktu tengah hari atau malam.Mempunyai kandungan khasiat yang tinggi.
Tambahan:
Jika anda inginkan masakan ini berkuah,tambahkan secawan air bersama satu sudu besar tepung gandum kedalam masakan.
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.....
Labels:
Chicken
Subscribe to:
Posts (Atom)