Thursday, October 30, 2014

Bihun Sup Tulang Lembu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Dah tak tahu dah bila bihun sup ni disediakan sebab lama sangat, hehehe.  Jenuh juga mencari resepi sebab terlupa.  Tapi hasilnya memang best, cuma bahan bahannya saja agak banyak.  Saya letak apa yang ada di dapur saja.  Jom kita semak resepinya  :-
\

Ditulis oleh : Che' Nom @ Iresepi 
Masa: Penyediaan: 20 minutes | 
Memasak: 60 minutes |
 Keseluruhan: 80 minutes 
Jumlah Hidangan : 6 Orang Makan 

 Bahan-Bahan: 
 1 kg. tulang dan daging. 
1 bungkus bihun Bahan untuk rempah tumis: 
2 batang kayu manis 
5 biji buah pelaga 
3 biji bunga lawang 
3 tangkai cengkih 

Bahan untuk dikisar:
 5 ulas bawang putih 
5 ulas bawang merah 
3 biji buah keras 
1 sudu kecil jintan manis 
1 sudu besar lada hitam 
1 sudu kecil serbuk ketumbar 
1 sudu kecil jintan putih 
Dipotong dadu besar: 
1/2 batang lobak merah 
2 biji kentang sederhana besar
 tomato (potong 4) 
Bahan untuk sambal cili: 
4 sudu besar serbuk cili dibancuh dengan sedikit air. 
3 ulas bawang putih, dikisar. 
3 ulas bawang merah, dikisar. 
1/2 biji bawang besar, dikisar. garam dan gula secukup rasa. 
Bahan untuk hiasan: 
200 gram lobak masin dicelur 
2 tangkai daun bawang 
3 tangkai daun sup 
bawang goreng 

Cara Penyediaan: 
 Cara-cara untuk sup:
 Panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk Tumiskan rempah tumis bersama bahan kisar. 
Biarkan sehingga naik bau dan pecah minyak 
Masukkan tulang,kacau dan biar sebentar Masukkan air, lebih kurang 3 cawan. Bila sup sudah mula mendidih,masukkan lobak merah dan kentang.Masak sehingga empuk. Masukkan tomato beserta garam dan gula secukup rasa Taburkan daun sup dan bawang goreng apabila hendak dihidang. 


Cara-cara untuk sambal cili: 
Panaskan satu senduk minyak di dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar yang telah di kisar, tumis sehingga naik bau. Masukkan bancuhan serbuk cili dan masak sehingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, lebihkan sedikit gula untuk rasa yang lebih sedap. 


Cara-cara bihun sup: 
Rendam bihun di dalam air yang di campur dengan satu sudu serbuk kunyit selama satu jam Apabila bihun sudah lembut tapis dan celurkan di dalam air yang panas mendidih selama beberapa minit, jangan terlalu lama kerana bihun akan menjadi lembik. Kemudian bilas dengan air sejuk supaya proses memasak dihentikan, Hidangkan bihun bersama bahan hiasan dan sup, selamat menjamu selera!
 Tips: Jika tidak menggunakan pressure cooker pastikan anda merebus tulang selama sekurang-kurangnya 2 jam untuk memastikan tulang betul-betul lembut dan lerai dengan sempurna.

1 comment:

  1. Memang nampak meriah bihun sup tulangnya tu.... alahai...selepas raya haji memang asyik pekena sup tulang aje, kita masak tulang dalam slow cooker Tie he heheh...

    ReplyDelete