Sunday, July 13, 2014

Talam Kacang Hijau

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Menu berbuka puasa.

KUIH TALAM KACANG HIJAU
Sumber : Fizalgk (terimakasih ya)

  Lapisan bawah - (kacang hijau ) 
1 cawan kacang hijau (yang telah di rebus lembut dan mesin halus sikit) 
2 cawan tepung beras 
1/2 cawan tepung ubi 
1 cawan gula 
 3 cawan santan cair + secubit garam 
 beberapa titis pewarna hijau 


 Cara-cara :- 
 1. Panaskan kukusan, lapik loyang dengan plastik atau boleh juga sapukan minyak terus pada loyang. 
 2. Masukkan semua bahan kecuali kacang hijau kedalam periuk dan kacau rata. 
3. Tapiskan dan masak sebentar sahaja di atas api sehingga pekat sedikit. Masukkan kacang hijau yg dimesin dan kacau rata. 
 4. Tuang adunan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak dalam 30 minit. 


 Lapisan Atas - (santan) 
 1 cawan tepung beras 
 3 cawan santan pekat 
 1 sudu teh garam 

 Cara-cara:- 
 1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan. Masak adunan diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan tidak berketul-ketul. 
 2. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan kacang hijau tadi. 
3. Kukus lagi selama 25 minit dan sejukkan sebelum di potong dan hidangkan.


1 comment:

  1. Salam Watie.......mcm nak just pulak talam tu hari ni.......favorite Sgt.

    ReplyDelete