Tuesday, July 1, 2014

Bihun + Koew Teow Goreng Istimewa


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Cadangan menu untuk berbuka puasa.  Juadah ni saya sediakan sebelum bulan puasa sebenarnya.


BIHUN + KOEW TEOW GORENG

Bahan bahannya
250gm koew teow
1/2 bungkus bihun - direndam dlm air panas sebentar  & toskan

1/2 mangkuk taugeh
1 rumpun daun kucai - dipotong 1in
5 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
4 biji telur
5 sb cili mesin
3 sb sos cili
3 sb sos tiram
1 cb gula
1/2 cawan kicap manis @ secukupnya
garam jika perlu

Hiasan  
Bawang goreng, cili hiris





Cara caranya
Panaskan minyak.  Goreng bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan dan sedikit garing.
Masukkan cili kisar dan goreng hingga pecah minyak.
Masukkan gula,  sos cili, sos tiram dan kicap manis, gaul rata dan biar naik minyak semula.
Pecahkan telur dan  kacau perlahan agar kuningnya pecah sahaja.  Jangan kacau hingga hancur kesemuanya ya.  Biarkan telur masak dahulu baharulah di pecah pecahkan dengan sudip.

Masukkan koew teow dan bihun, gaul rata biar sebati dengan bahan bahan sos.
Tambahkan taugeh dan daun kucai dan goreng sebentar lagi.  Tutup api.  Siap untuk dihidangkan.
Masukkan ke dalam pinggan dan taburkan dengan bawang goreng dan hirisan cili merah.

Selamat Mencuba dan Selamat Menjamu Selera

No comments:

Post a Comment