Thursday, July 3, 2014

Bubur Kacang Hijau Lemak Manis






Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Cadangan menu berbuka puasa untuk hari ini, bubur kacang hijau.


Resepi ini agak istimewa kerana kacang hijau digoreng terlebih dahulu bagi membangkitkan aromanya.  Memang wangi sangatlah kejadiannya, ditambah pula dengan daun pandan yang direbus bersekali.  Saya dapati  kacang hijau juga lebih cepat empok bila direbus.   Terimakasih banyak diucapkan kepada tuanpunya resepi kerana sudi berkongsi info/petua bermanfaat ini.  Selama ini bila membuat bubur kacang, saya terus aja rebus tanpa digoreng dan direndam terlebih dahulu.


Saya buat separuh dari resepi  dibawah ini.

 BUBUR KACANG HIJAU LEMAK MANIS 
Sumber Resepi : Nuanza@MyResepi  (terimakasih ya)

 Bahan-bahan ( satu periuk ) 
2 cawan kacang hijau  (sy  letak 1 cawan kacang hijau)
2 cawan santan pekat (saya guna yg dlm kotak tu)  ( sy letak 1 kotak)
1/2 cawan susu pekat manis (sy ganti 1/2 cwn gula merah)
2 sb gula merah / putih  (sy letak 3 sb)
1/2 st garam 
2 helai daun pandan 
2-3 sb sagu 
sy letak 4 cawan air


Cara-cara 
1.  Kacang hijau digoreng tanpa minyak di dalam kuali selama 3-4 minit.   
2.  Kemudian tutup api dan masukkan air.   
3.  Rendam lebih kurang 1 jam.  Kemudian bilas 2 kali.   
4.  Rebus kacang sampai empuk.  
5.  Bila semua kacang telah pecah dan empuk, masukkan semua bahan lain kecuali sagu.  


6.  Biarkan mendidih sekejap,  Kemudian masukkan sagu.   
7.  Tambah air jika agak pekat sebab bila dah sejuk nanti, kuah akan menjadi semakin pekat.   
8.  Masak biar lama sedikit dengan api perlahan agar bubur tidak mudah basi.





Sewaktu menghidang, saya tuangkan sedikit susu cair di atasnya, perrggghhhhh....




Selamat Mencuba dan Selamat Menjamu Selera.

No comments:

Post a Comment