Sunday, October 31, 2010

Butter Bread Pudding

Salam 1 Malaysia,

Puding la pulak. Tiba2 pagi ni terasa nak makan puding pulak. Kebetulan roti gardenia dah beli semalam, sampai dua bungkus, tu diaaaaa, nak guna dua keping saja, tp beli sampai dua bungkus. Bukannya apa, memang selalu beli roti ni buat sarapan ataupun minum petang, wajib tersedia atas meja. Kalau takder apa2 nak mengunyah roti tu ler habuannya.

Resepi ni saya cilok dari blog KZAI, KL. Sebenarnya memang tak pernah buat puding pun sebelum ni, tp bila terpandang kat rumah KZAI, jadi teringin la pulak nak makan, terusla buat pagi ni, kejap aja dah siap.


Ini pandangan dari atas. Saya letak roti lebih sikit, 4 keping dan susu saya letak susu cair sebab fresh milk out of stock. Anak2 ni kalau simpan stok kat rumah, ada jer la kerja diaorang.


Bila dah diterbalikkan, beginila rupanya, ada caramel kat atas.


Nak tahu apa rasa puding ni? Aduhaiiiiiiiiii manissssnyaaaaaa, dan lemaknya bukan main lagi, ker tekak saya ni yang memang tak berapa suka mkn manis. Kalau hari2 pekena puding cam ni, leh mengembang la jawabnya badan ni. Walaubagaimanapun, puding ni memang sedap wajib buat bagi sesiapa yang belum mencubanya……

Resepinya saya cp dari blog KZAI, KL, terima kasih yer KZAI.

Butter Bread pudding
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
*Karamel*
1/2 cawan gula
2 sudu besar air
2 sudu besar air suam
---------------------------------------
2 keping roti
sedikit butter
4 biji telur
600ml susu cair/susu segar
8 sudu besar gula halus
sedikit esen vanila
sedikit kismis(optional)

Cara-cara
Sapukan acuan dengan butter. Panaskan oven hingga suhu 180C
Sapukan roti dengan butter. Kemudian toast roti selama 3-4 minit. Potong roti sebesar 1-2cm. Ketepikan.

Sediakan karamel. Masukkan gula dan 2 sudu besar air ke dalam periuk. Panaskan sehingga perang. Kemudian tutup api dan tambahkan 2 sudu besar air suam. Masukkan karamel ni ke dalam acuan yang telah disapu dengan butter tadi. TIP: Masa mula-mula panas gula tu jangan kacau sehinggalah gula nampak perang. Lepas tu bolehlah dikacau sehingga warna perang yg diinginkan.

Dalam bekas lain, masukkan telur, gula, esen vanila dan susu sambil dikacau. Masuk bahan-bahan ikut urutan supaya senang nak sebati. Kemudian tapiskan sebatian ini ke dalam acuan yang ada karamel tadi.

Letakkan kepingan roti yang dah di toast tadi dan juga kismis ke dlm no.4.
Letakkan acuan ini ke dalam dulang oven dan masukkan sedikit air suam ke dalam dulang tersebut tp BUKAN dalam acuan puding. Kukus selama 40 minit.

Wednesday, October 27, 2010

Simple Butter Cake

Salam pagi rabu,
Apakhabar semua? sihat ker? Harap2 semua sihat macam saya jugak yer, insyaALLAH. Terdengar2 pulak lagu yang hit ketika ini nyanyian Maher Zain Insha ALLAH, tak jemu dengar lagu tu.


Semalam terasa nak makan butter cake pulak, hai macam orang mengidam la pulak. Buttercake memang favourite saya, klu diberi pilihan antara banyak2 kek yang ada, memang buttercake ler yang saya pilih. Saya sukakan rasa butter nya yang lemak dan kurang manis dan dimakan begitu saja tanpa apa2 topping.

Butter cake yang saya buat kali ni saya modify sendiri dari resepi2 yang pernah saya cuba sebelum ini.


Bila diterbalikkan, kek nampak cantik dan rata, cheeewahhh, masuk lift tekan sendiri hehehe , sangat sesuai kalau dibuat deko diatasnya.


Bila dipotong pula, hasilnya, kek ini nampak padat, halus dan gebu. Rasanya pun sedap.


Kalau buat buttercake tak boleh buat banyak2, 1/2 adunan saja dah cukup sebab anak2 tak berapa suka, mereka lebih sukakan chocolate cake. Saya sorang jerla dok menghabihkan kek tu, sehari sepotong kek, mau berminggu jugakla baru habis.

Simple Butter Cake

Bahan2
250gm tepung kek
255gm butter - dicairkan
200gm gula castor
4 biji telur
1/4 cawan susu cair dicampur 1 st air limau)
1 st baking powder
1 st esen vanila
1 sb ovalette

Cara-cara
1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang.
2. Masukkan esen vanila dan terus memukul.
3. Masukkan pula tepung yang diayak bersama2 baking powder berselang seli dengan susu masam dan terus memukul hingga sebati.
4. Masukkan pula butter cair, gunakan spatula dan kaupbalikkan perlahan2 hingga rata.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang 9" dan bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 40-45 minit atau sehingga masak.
6. Bila telah masak, terbalikkan atas redai dan biar sejuk..

Friday, October 22, 2010

Ayam Masak Kicap

Salam pagi jumaat,

Pagi ni rasa sejuk dan nyaman aja, tak seperti hari2 sebelumnya, panas terik. Mood nak meng"update" blog pun berkobar-kobar. Lepas masak untuk makan tengahari, kemas mengemas sikit, terus mengadap laptop ni. Entry kali ni nak letak lauk pulak, yang semalam punya, ayam masak kicap.


Taraaaaaa, amacam, nampak menggoda tak???. Ayam masak kicap ni selalu sangat saya buat dan dah masuk dalam list bulanan sebab buatnya senang dan famili pun suka.


Sedap ni I tell you, kalo tak percaya cuba try test.............Kalau nak bagi lagi sedap, ikut petua org tua2 yg pernah sy dengar, ramas tomato tu instead of dadu, lagi sedap, mungkin sebab air tangan tu kot yang bagi lagi sedap. Entahla, tak pernah pulak saya cuba.


Masakan ni boleh juga dibuat untuk daging tp kenala rebus daging tu lama sikit sampai empuk.


AYAM MASAK KICAP

1 ekor ayam

Bahan-bahan dimesin
3 sb cili mesin - kalau nak pedas tambah lagi
4-5 batang serai
1 labu bawang besar
1 inci halia

Bahan-bahan tumis
15 ulas bawang merah dihiris - klu nak lagi sedap, lebihkan
3 ulas bawang putih dihiris
sedikit halia hiris

3-4 biji tomato didadu
1/2 cawang kicap pekat
garam dan gula secukup rasa
2 biji tomato untuk hiasan - belah 4

Cara-caranya
1. Ayam dibersihkan, dipotong ikut suka hati, digaulkan garam kunyit dan digoreng. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga kekuningan dan layu, tetapi tidak garing.
3. Masukkan bahan2 mesin dan biar hingga pecah minyak, masukkan kicap pekat dan buah tomato dadu.
4. Bila kuah sudah mendidih dan pecah minyak semula, bolehlah dimasukkan ayam goreng tadi dan gaul rata.
5. Masukkan juga garam dan gula secukup rasa. Masukkan juga buah tomato sebagai hiasan.
6. Bolehla diangkat dan dihidangkan.

Sunday, October 17, 2010

Happy Birthday Danial Hilman

Salam semua,

Sabtu lepas 16hb Oktober 2010 genaplah 16 tahun usia anak saudara saya, Danial Hilman. Dah besar panjang rupanya dia. Danial minta saya buatkan kek untuk majlis hari lahirnya. Jadi, ibunya tanya kek apa yang paling sedap. Kalau bagi saya la, semua kek sedap kerana setiap kek mempunyai keenakkan rasanya yang tersendiri.


Cheese cake dengan hiasan fresh cream, blueberry jam dan salutan badam urai memang sungguh menyelerakan.


Memula tu ingat nak letak ceri bertangkai, tp tak jumpa pulak kat kedai, jadi letak badam urai jerla, lepas tu lorek sikit jadi cam ni...... konon2nya sarang labah2 la




Chocolate Moist Cake ni saya cadangkan sekali lagi, kerana sewaktu tempahan untuk majlis rumah terbuka sempena hari raya baru2 ni, Danial kata ramai yang kata chocolate moist cake tu sedap. Alahai.....kembang semangkuk saya jadinya....hehehe. Alhamdulillah kalau ramai yang suka.


Bila mai tang bab tulis ataih kek ni la yang saya malaih sikit pasai tulisan kita cakaq ayam...huwaaaaaaa.... tak pas pas lagi dari kecik sampai besaq, masa tulis ni tangan jadi terketaq2, cam tu pulak dahhh. Tengokla hasilnya. Maaf yer Danial, nanti Acik praktis banyak2.

Kek ni saya layerkan dengan fresh cream serta blueberry jam dan hiasannya saya letakkan buttercream, kepingan coklat dan curahan chocolate ganache. Aduhai, berbagai2 rasa terdapat dalam kek ini, namun yang pasti ianya satu kombinasi yang sungguh menyelerakan. Dan komen anak saya yang menghadiri majlis tersebut, sekejap jer kek selesai, dia pun tak sempat nak jamah dan lagi mereka kata sedap, alhamdulillah. Pssttt, Danial, kalau sedap bagitau kawan2, kalau tak sedap bagitau Acik....okey.....hehehehe.



Dua biji kek untuk Danial. Terima kasih kerana sudi menempah kek-kek ini, harap Danial dan tetamu yang lain berpuashati. Maaf kerana Acik tak dapat hadir ke majlis tersebut kerana ada urusan lain. Selamat Hari Lahir buat Danial, semuga menjadi anak yang soleh dan terbaik di dunia serta akhirat.......Amin

Tuesday, October 12, 2010

Rendang Ayam Kampung

Salam buat semua,

Setiap hari, bila menghantar anak kecil saya ke tadika mesti ternampak gerai orang membakar lemang. Sampai hari ni pun ada lagi gerainya walaupun syawal dah berlalu. Teringin pulak nak makan, jadi saya pun suruhla hubby cari kat mana2 ada jual lemang.

Untuk mencukupkan syarat makan lemang, maka saya pun cubala pulak resepi kat bawah ni yang saya peroleh dari blog cik mat gebu.

Sewaktu mula membaca bahan2 yg terdapat dalam resepi rendang ni, saya agak hairan kerana belum pernah ada lagi rendang yang telah saya cuba memasukkan belacan sebagai salah satu bahan2nya. Tapi, apa salahnya saya mencuba, mungkin disitu dapat saya perolehi suatu kelainan.


Alhamdulillah, ternyata resepi ini tersangatla sedap, terima kasih saya ucapkan kepada cik mat kerana banyak mengongsi resepi2 yang "menjadi" untuk semua.
Oh ya, Saya tak pakai ayam kampung yer, payah sangat nak cari, pakai ayam pekan jer, hentam ajela labuuuuuu. Lagipun, cepat sikit masaknya hehehhe.


Gambar ni masa rendang masih dalam kuali lagi yer, malas pulak nak letak dalam pinggan sebab bergelut nak gi ambik anak dari tadika la pulak. Pergi dulu yer......chow chin chow....


RENDANG AYAM KAMPUNG - ni dah jadi RENDANG AYAM PEKAN ler

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam kampung, dikerat sederhana besar, cuci dan toskan (saya guna ayam pekan, hehehe)

Santan kelapa secukupnya
Air panas, jika perlu
2 helai daun kunyit, hiris halus
3 helai daun limau purut
1/2 camca besar gula melaka
2 keping asam gelugor
2 camca besar penuh kerisik - yang ni lak tak letak sbb tak der stok
2 camce besar cili kisar
1 1/2 camca besar penuh rempah kari daging - saya guna rempah keluaran bumiputera cap "O"
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
13 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas - yg ni pun tak letak sbb tak der
3 biji buah keras
15 biji cili padi (optional)
1/2 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup
5 batang serai, hiris halus

BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)

Rempah kari dan cili kisar, disatukan bersama bahan2 kisar halus, kacau sebati dan ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Masukkan bahan kisar + rempah kari dan cili kisar tadi. Tumis hingga terbit minyak dan garing.
Masukkan ayam, kacau rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang santan sehingga ayam tenggelam, masukkan garam secukup rasa. Masak dengan api besar hingga mendidih. Perlahankan api dan renih hingga hampir pekat dan mula empuk.
Masukkan kerisik, daun limua purut, asam gelugor dan gula melaka, kacau rata. Jika ayam masih keras, boleh tambah air panas. Kacau dan terus memasak hingga kering dan ayam lembut.
Bila rendang kelihatan pekat dan kering, masukkan hirisan daun kunyit, kacau rata. Biar masak sekejap, rasa dan jika perlu tambah garam. Boleh matikan api. Alih dalam bekas sesuai. Pastikan rendang anda betul2 sejuk sebelum menutupnya.
CATATAN MAT GEBU :- Mat guna ayam kampung muda, jadi masa memasak agak singkat. Satu lagi perihal garam, cukup setakat rasa lemak2 masin, ini kerana bila rendang kering, rasanya sedang elok. Jika suka boleh letak serbuk perasa. Kacau sekali sekala yea, sebab "renih" ni guna api kecil saja...

Wednesday, October 6, 2010

Carrot Walnut Cake

Salam,

Dua, tiga hari lepas try buat carrot cake ni, saja buat untuk makan2, sebab hari raya lepas tak buat kek pun untuk hidangan di rumah sendiri. Alhamdulillah, menjadi, sewaktu membakar, keharuman kekacang yang terdapat di dalam kek ini membuatkan saya tak sabar2 nak merasa keenakkannya. Dan ternyata, kek ini mempunyai suatu rasa yang lain dari yang lain, dan kaedah penyediannya pun tidaklah sesusah mana.



Kek ini sedap dimakan begitu saja, terutama bila baru keluar dari oven, terasa akan keranggupan dan kesedapan walnutnya. Saya makan begitu saja tanpa cream cheese frostingnya.


Bila hubby tengok kek ni, dia kata minggu depan bolehla buat untuk dia bawa ke office sebab ada sambutan hari raya. Jadi, saya pun buatla dua biji begini untuk dia.

CARROT WALNUT CAKE
Sumber: Sifu Suria - cp dr fp Damira (terimakasih utk anda berdua)

Bahan-bahannya:
4 biji telur ~ asingkan putih & kuningnya
1 1/2 cawan ~ minyak sayur atau minyak jagung
150 g~ gula kaster (saya kurangkan jadi 130gm)
150 g~ gula perang (brown sugar)
1 1/2 cawan ~ lobak merah diparut ( jangan diperah airnya)

Bahan-bahan yang perlu di ayak:
250 g tepung gandum
1 teaspoon suduteh serbuk kayu manis ( saya tak letakpun sebab tak suka rasanya)
1 1/2 suduteh baking soda (saya guna 1 sudu teh baking soda aje)
1 suduteh garam
*1 sudu teh baking powder (* resepi asal tak letak pun, saya saja tambah)

100 g walnut ~ di cincang (saya bakar dahulu dalam oven sebelum dicincang- memang
sedap letak walnut ni!)

Cara-caranya:
1. Pukulkan kuning telur (saya guna mixer, pukul sampai kembang sikit).
2. Kemudian masukkan minyak, gula kaster & gula perang, serta lobak merah
yang diparut tadi.(Sekiranya lobak merah yang diparut itu mengeluarkan terlalu
banyak air, buangkan airnya tanpa memerah isi lobak merah tersebut)
3. Masukkan walnut, kacau sebati.
4. Kemudian masukkan bahan-bahan yang di ayak tadi, kacau sebati.
5. Pukul putih telur di mangkuk lain dengan mixer hingga keras.
6. Masukkan putih telur ini sedikit demi sedikit ke dalam adunan, kacau perlahan-lahan,
satu arah sahaja, sila gunakan spatula atau senduk kayu, tak sebati sangat pun
tak apa asalkan tidak terlebih kacau.
7. Bakar pada suhu 180 celcius selama 45 minit atau sehingga masak.

Frosting
120 g butter
250 g cream cheese
120 g gula aising

Caranya :
Pukul kesemua bahan hingga kembang dan ringan. Sapukan ke atas kek yang telah disejukkan dan hiasi dengan walnut.