Sunday, November 10, 2013

Pulut Kuning Lapis Serunding


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Pulut Kuning berlapiskan serunding hasilan dari  daging korban yang diperolehi masa hari raya haji yang lepas.   Bahagian tulang  saya buatkan gulai  dan isinya pula saya buatkan 
serunding bagi digandingkan dengan pulut kuning.  Teringin sangat nak makan pulut 
kuning sebab dah bertahun lamanya tak menjamah.   Seingat saya masa arwah ibu masih ada kerap juga dia buat, tapi disajikan bersama sambal tumis ikan bilis,  kecur air liurku bila terkenangkannya.  Air tangan arwah ibu memang yang terbaeeekkkk.


Resepi pulut kuning  dari dapur  Kak Wan.  Terimakasih ya.

PULUT KUNING BERLAPIS SERUNDING

Bahan bahan
500gm beras pulut
sekeping asam gelugur
2 st serbuk kunyit
2 helai daun pandan (disimpulkan)
350ml santan segar
1 1/2 st garam
1/2 st gula

serunding ayam/daging secukupnya


Cara caranya
Cuci pulut, kemudian rendam sekurang kurangnya 4jam atau semalaman di dalam air bersama asam gelugur dan serbuk kunyit.
Ketepikan asam, kemudian tos dan kukuskan pulut dengan daun pandan kira kira 25minit atau sehingga tiga suku masak.
Angkat pulut, kemudian letak di dalam mangkuk besar.
Gaul santan, garam dan gula, kacau bersama pulut tadi, kemudian biarkan seketika sehingga pulut meresap santan.
Kukus semula selama 15 hingga 20 minit atau sehingga pulut masak.
Alas loyang dengan plastik, ratakan pulut, kemudian tekan dengan penekan kek lapis.
Tabur dengan serunding hingga rata dan lapis lagi dengan pulut.  Tekan hingga padat.
Hias dengan sayur sayuran.


First time  bentuk bunga dari cili, entah apa jadinya, telur dadar gulung,  hirisan timun bentuk hati.


Resepi Serunding dari  MyResepi sumbangan Chef Gredz, terimakasih ya.

Bahan-bahan ( Ni Resipi Utk 2kg Daging )

2 kg Daging (Btg Pinang @ Topside) Direbus Empuk
400 gram Cili Kering
2 labu Bawang Merah Besar
5 ulas Bawang Putih
4 cm Lengkuas
2.5 cm Halia
4 - 5 btg Serai


150 gram Ketumbar (pandai2 agak)
150 gram Jintan Manis (pandai2 agak)
250 gram Gula Merah @ Gula Perang @ Gula Putih
1 bj Kelapa (perah jd santan pekat)
Jus Asam Jawa
50 gram Kerisik (tak letak pun takpe)


Cara-cara
Bahan2 diblend sekali dgn Bwg Besar,Bwg Putih,Ketumbar Dan Jintan (yg dah digoreng tanpa minyak)
Kemudian tumis bhn2 yg dah blend td (agak2 minyak ya...jgn terlebih plak)
Masukkan Gula Merah dan kerisik 
Masukkan Jus Asam Jawa (agak2 rasanya)
Masukkan Santan pekat
Goreng Tumisan sampai pecah minyak (jangan masukkan daging dulu)
Tunggu sampai garing


Ambil daging yg kita dah carik2 (daging ni dah "diangin2kan" ...utk kering kan lebih2an air rebusan tu.....
 tutup api tumisan..dan masukkan daging yg kita dah anginkan tuh...
 Kacau sampai rata .......baru bukak api balik ...tp gunakan api yg kecil ..kat sini kesabaran memainkan peranan yg penting...kalau melekat2 "JGN TAMBAH MINYAK!!!"...masukkan sedikit air je...
 Dan kacau lah sampai betul kering dan garing ...kacau jgn berketul2 pastikan kita gunakan api yg betul2 kecil ...jgn gatal2 tangan nak besarkan api....


Resipi ni boleh tahan sehingga 8 bulan jika ditutup dan diletakkan di tempat yg kering ... Tahan setahun jika diletak dalam peti ais...Dan pantang kalau dihinggap lalat... Sepanjang pembuatan serunding ni kena ingat ..jgn sampai dihinggap lalat ..


Nampak tak dua lapisan serunding daging.


Ini bukan pulut kuning tempahan ya.   Sendiri buat, sendiri makan hehehe.
Macam biasalah, sebelum ambil gambar, mesti nak hias bagai, ala ala pulut kuning hantaran.  Saya letakkan apa saja sayuran yang ada dalam stok petisejuk  seperti telur rebus, cili merah, telur dadar, timun dan daun bawang hasil tanaman sendiri.


Bila dah hias begini, ramai pulak yang teringin nak makan, hubby yg selalu merungut lengoh lengoh satu badan bila makan pulut pun tumpang sekaki.

SELAMAT MENCUBA.





Thursday, October 24, 2013

Tart Nenas Landak dan Blueberry Cheese Tart Shima, Bertam Perdana


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Tart nenas bentuk landak la pulak.  Tart ini saya buatkan untuk Shima, Bertam Perdana sebagai buahtangan untuk majlis merisik sedara di Perak.  Ni first time saya buat tart nenas bentuk landak.   Terimakasih Shima kerana bagi akak peluang untuk mencuba tart dengan design yang baru dan agak popular kebelakangan ini.


Ada juga orang panggil tart ini tart nenas gunting atau tart nenas bentuk buah (strawberry, kelapa sawit).


Selalunya tart bentuk landak ini diletakkan bunga cengkih sebagai kepalanya/tangkainya.  Tapi saya letakkan buah kismis.  Boleh juga diletakkan chocolate chip.


Mula mula saya letakkan dalam bekas lutsinar yang telah dibeli ini, elok sikit bila dipandang mata, yer dak.  


Malangnya, bekas ini hanya muat untuk 30biji tart sahaja, maklumla,  tart yang saya buatkan ini montel montel kejadiannya, hehehe.  


Jadi, terpaksalah saya letakkan dalam balang yang agak tinggi ini.  Cukup cukup masuk 50biji.


Inilah hasilan pertama tart nenas bentuk landak dari deWattiesDelight.  Berjam jam jugaklah masa yang diambil untuk menggunting tart  bentuk landak seperti ini, huhuhu..........cabarannnnn...


Tekstur tart ini sangat lembut, gebu dan lemak manis.  Hubby suka sangat bila menjamahnya, maklumla saya buatkan lebih untuk famili merasa.  Saya pula lagi lagi la, hahaha  peminat setia tart.






Shima juga menempah 50biji blueberry cheese tart untuk tujuan yang sama.


Kali ini saya cuba lorek design yang agak berlainan.






Terimakasih banyak diucapkan kerana sudi menempah.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.