Thursday, October 24, 2013

Tart Nenas Landak dan Blueberry Cheese Tart Shima, Bertam Perdana


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Tart nenas bentuk landak la pulak.  Tart ini saya buatkan untuk Shima, Bertam Perdana sebagai buahtangan untuk majlis merisik sedara di Perak.  Ni first time saya buat tart nenas bentuk landak.   Terimakasih Shima kerana bagi akak peluang untuk mencuba tart dengan design yang baru dan agak popular kebelakangan ini.


Ada juga orang panggil tart ini tart nenas gunting atau tart nenas bentuk buah (strawberry, kelapa sawit).


Selalunya tart bentuk landak ini diletakkan bunga cengkih sebagai kepalanya/tangkainya.  Tapi saya letakkan buah kismis.  Boleh juga diletakkan chocolate chip.


Mula mula saya letakkan dalam bekas lutsinar yang telah dibeli ini, elok sikit bila dipandang mata, yer dak.  


Malangnya, bekas ini hanya muat untuk 30biji tart sahaja, maklumla,  tart yang saya buatkan ini montel montel kejadiannya, hehehe.  


Jadi, terpaksalah saya letakkan dalam balang yang agak tinggi ini.  Cukup cukup masuk 50biji.


Inilah hasilan pertama tart nenas bentuk landak dari deWattiesDelight.  Berjam jam jugaklah masa yang diambil untuk menggunting tart  bentuk landak seperti ini, huhuhu..........cabarannnnn...


Tekstur tart ini sangat lembut, gebu dan lemak manis.  Hubby suka sangat bila menjamahnya, maklumla saya buatkan lebih untuk famili merasa.  Saya pula lagi lagi la, hahaha  peminat setia tart.






Shima juga menempah 50biji blueberry cheese tart untuk tujuan yang sama.


Kali ini saya cuba lorek design yang agak berlainan.






Terimakasih banyak diucapkan kerana sudi menempah.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

2 comments: