Thursday, December 16, 2010

Happy Birthday Asrul


Salam semua,

Kek lagiiiiiiii, harap takder yang jemu melihat kek saya yer. Satu lagi kek hari lahir yang saya buat untuk majlis pertunangan Asrul dan Azilah tempohari.
Hari pertunangan mereka adalah juga merupakan hari lahir si teruna, Asrul. Tahniah diucapkan. Semuga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki.
Sebenarnya kek ini saya buat untuk Azilah kerana menyangkakan Azilah yang akan menyambut hari lahirnya, salah dengar la saya hari tu. Sebab tu la saya buat bunga rose. Mujur juga nama Azilah saya tuliskan kat atas board dan bukannya kat atas kek, kalau tidak nyesal tak sudah la saya sebab tak boleh nak dibetulkan lagi.
Lepas Azilah beritahu kek itu untuk hari lahir Asrul, cepat cepat saya betulkan dan tulis semula nama Asrul.



Kek yang dilimpahi coklat ganache ini dihiasi pula dengan bunga bunga coklat yang mekar menguntum. Cantik kan. Kiri kanan, atas bawah semuanya coklat,
kek pun kek kaya coklat. Fully chocolate cake la niiiiiii, hmmmmm nyum nyum, bayangkan la kalau dapat kat bebudak kek ni………. Hancusssss



Semuga Azilah dan Asrul berpuashati dan terima kasih bebanyak diucapkan diatas tempahan ini. Nanti leh order kek kahwin lak yer, hehehe.

Wednesday, December 15, 2010

Ayam Goreng Berempah Kuzie Catering



Salam buat semua,

Ramai yang telah mencuba dan berhasil. Ramai juga yang memuji muji keenakan ayam goreng berempah ini. Macam manalah agaknya rasanya ya, teringin pulak hati ni nak mencubanya. Kalau bab cuba mencuba, makan memakan, ni la dia orangnya hehehe.

Hmmm, memang ternyata sedap ayam ni, saya sukakan serdaknya. Anak anak makan nasi dengan ayam itu saja, bertambah jugak la. Hubby pun kata sedap. Hangit la sikit serdak ayam ni, tp masih sedap.



Resepi Asal dari Pak Engku Kuzie Catering, tp saya cp dari blog Izah Izah pun dah cuba kan?

AYAM GORENG BEREMPAH KUZIE KATERING

4 labu bawang merah
6 batang serai
2 tongkol lengkuas (sy tak letak sbb tak der)
3 sudu rempah kari ikan
3 sudu kunyit babas
5 sudu cili kering (blend)
5 helai daun kari
5 tangkai cili kering dipotong 3
sedikit serbuk perasa
*saya tambah:1 sudu beso biji ketumbar+jintan manis+jintan putih

yg ni bhn bhn yg KWattie tambah
1 biji telur
2 sb tepung jagung
1 sb tepung beras
1 cm halia

cara memasak
1 ekor ayam dipotong 16

perap semua bahan-bahan blend bersama rempah, cili kering...perap lebih satu jam..
panaskan minyak deep fried dan goreng ayam tadi....api biar sederhana..bila srdak agak kekuningan tapis dan asingkan agar tidak hitam dan hangus...bila ayam dah masak masukkan daun kari dan cili kering potong dan tabur atas ayam bersama serdak tadi.. tentunya menyelerakan...lebih banyak serai dan lengkuas lebih banyak serdaknya.