Tuesday, April 9, 2013

Bihun Kantonis


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Menu yang simple di hujung bulan.  Resepi ambil dari majalah Mingguan Wanita.


BIHUN KANTONIS

Bahan-bahannya
50gm bihun
1 biji telur
2 biji bawang putih dicincang
1 sb minyak
1 sb sos tiram
1 st tepung jagung
1st serbuk lada putih


3 ekor udang
2 ekor sotong - dihiris
kailan
bunga kobis
putik jagung
lobak merah
air limau secukup rasa
garam dan gula secukup rasa


Cara-cara

1.  Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.  Masukkan air, sayur, ayam udang dan sotong.
2.  Setelah itu, masukkan sos tiram, garam, gula, air limau dan biarkan hingga mendidih.
3.  Apabila kuah mendidih, masukkan tepung jagung.
4.  Masukka telur tapi jangan dihancurkan.
5.  Akhir sekali masukkan bihun yang telah dicelur.

Monday, April 1, 2013

Pavlova Again....



\

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Pavlova againnnnnnnn.   Tiba tiba Pavlova menjadi antara hidangan pencuci mulut yang kian popular setanding durian crepe.  Hanya saya saja yang agak terlewat untuk mencubanya.  


Pavlova mempunyai tekstur yang ringan bila dipegang dan jika disentuh permukaannya akan terasa licin dan garing.


Lazimnya dihidangkan bersama whipping krim  dan buah-buahan segar seperti strawberi, kiwi, blueberry, ceri, raspberry dan sebagainya.


Pemilihan buah-buahan yang mempunyai rasa masam yang ditaburkan di atasnya adalah untuk mengimbangi rasa manis meringue tersebut.



Meriah nyaaaa.......






Jom kita.......... pavlovaaaaaa


Pavlova seelok-eloknya dimakan segera kerana jika lama dibiarkan akan menyerap cecair dan tidak rapuh.

Dimulakan dengan  bismillah.....




 disudahi dengan alhamdulillah.....


Begitulah hidup kita sehari hari, mudah mudahan dirahmati ALLAH.......