Wednesday, May 2, 2012

Happy Birthday Wattie !!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
Happy Birthday to Me, hehehe. Siapa lagi yang nama Wattie kat Watties HomeMade ni kan, kalau tak tuanpunya blog ni, kita ler tu...hehehe. Ni kesah berminggu minggu yang lepas. Kita sambut hari lahir pada bulan April, sama bulan macam hubby juga, birthday hubby awal seminggu aja daripada kita.
Sebelum mixer mengorak langkah, mengadun kek istimewa sempena hari lahirku, ku ingati dulu kek kegemaran hubby dan anak anak. Kek Coklat!!!, sepantas kilat kek itu menerpa ke dalam kotak ingatanku. Itulah kek kegemaran anak anak dan hubby, yang kalau dibuat, insyaAllah akan selesai.......
Beberapa jam berlalu, lihatlah hasilan daripada kerastanganku. Malangnya......huhuhuhu topping kegemaran anak anakku tidak mampu kuhasilkan kerana stok cooking chocolateku sudah kehabisan, jadi ku rembat aja apa yang ada di dalam petisejuk tuaku.....
Dengan sedikit sapuan buttercream yang nipis, dihiasi dengan hirisan badam yang dipanggang sebentar. Yahooo.....akhirnya.......hasilanku sempena hari lahirku. Kombinasi yang tidak kurang hebatnya, sungguh harum dan menyelerakan.
Selepas semuanya terhasil dengan jayanya, ku bawa kek ke ruang tamu, duduk melepak di atas lantai sambil menonton tv sambil tangan memotong kek hehehe. Sebetulnya, seumur hidup ku tak pernah ku celebrate hari lahir, huhuhu.....jakunkah aku??? namun, itulah hakikatnya. 

Setiap tibanya hari lahirku, aku akan buatkan kek, kalau sewaktu bekerja dahulu kedai bakeri jadi tumpuanku. Kek yang tersedia hanyalah buat kami sekeluarga. Hubby akan wish happy birthday, terkadang tu sehari lebih awal, hehehe. Kadang kadang hubby belikan sesuatu, kadang kadang tak beli apa, huhuhu, tapi alhamdulillah, birthday wishes tetap hubby tak lupa walaupun terkadangkala tersasar juga harinya. Bagi diriku, itu sudah lebih dari segala galanya, mengingati dan diingati.......alhamdulillah bertambah lagi usiaku untuk yang kesekian kalinya.....
Aku redha dengan segala yang telah tertulis buatku. Aku pasrah untuk segalanya, menerima segala kelebihan, maupun kekurangan diri. Hanya yang ku harapkan agar aku mampu menghadapi dan memperbaiki segalanya dengan hati yang tabah, cekal dan berani. Semuga langkah langkahku kian matang dan selalu membawaku ke arah yang lebih baik, insyaALLAH. Semuga Allah mempermudahkan segala urusanku....Amin...
Tiada apa yang ku harapkan hanyalah keredhaan ILLAHI serta kasih sayang hubby dan anak anak. Semuga bahagia sentiasa memayungi di setiap kehidupan kita.....

Waktu berjalan kian pantas.. 

Detik berganti minit.. 
Minit berganti jam.. 
Jam berganti hari.. 
Hari berganti bulan.. 
Bulan berganti tahun.. 
Dan tanpa kusedari, 1 tahun sudah kulewati 
Dan kuingat kini adalah tahun ke.... (malu ah, sudah veterankah aku, ) setelah aku dilahirkan.. 
Selamat Hari Lahir ku ucapkan untukKU......ahaksssss.....

Tuesday, May 1, 2012

Kek Karamel Aezi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
Kek karamel tempahan Aezi.  Terimakasih ya Aezi. Aezi telefon pagi dan beritahu nak tempah kek untuk petang. Huwaaaaa camana tu, rasa cam tak sempat la pulak. Kata Aezi, dia terlupa hari tu hari lahir anaknya dan anaknya nakkan kek karamel seperti yang Aezi pernah tempah sebelum ni, sedap katanya.
Untuk tidak menghampakan, kita pun godekla apa yang patut. Malangnya hari tu hari yang tak berapa nak menjadi. Mula mula bakar sebiji, bila dikeluarkan karamelnya melimpah ruah sebab tak masak....huhuhu....naperla jadik cam ni. Bila dilihat semula pada oven kat mana silapnya, rupanya saya tersilap set oven, saya setkan pada suhu 130C sedangkan sepatutnya 180C, mana nak masaknya, huhuhu.....dalam hati dah berdebar debar, sempat ker kalau nak bakar sekali lagi.
Kita pasrah dan buat lagi sekali, alhamdulillah yang ni menjadi, cuma karamelnya aja tak berapa nak sekata.
Kemudian kita bakar lagi sebiji. Huhuhu....siapa kata orang yang macam kita ni buat kek selalu menjadi, terkadang tu ada jugak yang tak menjadik. Kali ketiga pulak, karamelnya melekat kat loyang. Ni lah dia kecacatan yang saya maksudkan itu. Tengok jam kat tangan masa dah kian suntuk, tak sempat nak bake semula, jadi kita terpaksa hantar jugaklah kek ini, dan menerangkan kepada customer duduk perkara sebenar. Sebarang reaksi positif ataupun negatif mesti dihadapi dengan hati yang terbuka.
Alhamdulillah, Aezi sangat memahami, walaupun kek tak berapa nak cun, namun Aezi tetap menerima dan faham situasi saya, terimakasih banyak ya Aezi. 


Kesimpulannya, beginilah kejadian kalau menerima tempahan di saat saat akhir, kelam kelibut kita dibuatnya. Masa ni jugalah kejadian kejadian yang tak diingini sering berlaku. 

Saya letakkan juga gambar gambar kek ini di sini sebagai kenangan. Tak manislah jika kita asyik menayangkan kek yang menjadi aja, sedangkan yang tak menjadi kita sembunyikan. Sebenarnya, ini juga merupakan satu proses pembelajaran yang sangat berguna buat saya. Apa apapun terimakasih banyak di atas sokongan anda semua.